Kakimuvee
Berita Lokal

Chelot Raih Kutipan RM10.7 Juta, Kekal Filem Nombor Satu

Kutipan filem Chelot

Filem aksi tempatan Chelot terus mencatat prestasi positif di pawagam apabila berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM10.7 juta setakat jam 8 malam.

Filem arahan Adrian Teh itu juga kekal sebagai filem nombor satu di Malaysia selama 11 hari berturut-turut.

Pencapaian tersebut hadir hasil sambutan penonton yang terus memenuhi pawagam untuk menyaksikan filem tempatan berkenaan.

Chelot mengisahkan seorang pegawai Unit Operasi Khas yang berdepan masalah kewangan sehingga membuat satu keputusan yang akhirnya membawa dirinya terjebak dalam sindiket penyeludupan senjata.

Dia kemudian terpaksa menjadi orang dalam untuk membantu pihak berkuasa menumpaskan sindiket tersebut.

Dalam masa sama, dia perlu mempertaruhkan kerjaya, keselamatan keluarganya dan nyawanya sendiri sepanjang menjalankan misi tersebut.

Filem ini menampilkan barisan pelakon seperti Beto Kusyairy, Shukri Yahaya, Shaheizy Sam, Nadhir Nasar, Alicia Amin, Azhan Rani dan Theebaan G.

Selain kejayaan di pawagam, pihak produksi turut menganjurkan peraduan Teka & Menang untuk para penonton.

Menerusi pengumuman terbaharu, Qaihusni diumumkan sebagai pemenang utama dan menerima GSC One Year Movie Pass.

Hadiah tersebut membolehkan pemenang menikmati tayangan filem secara percuma selama setahun.

Chelotkini masih ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Kutipan filem Chelot
SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Artikel Berkaitan:  GSC Lancar Trailer Rasmi Chelot Yang Penuh Aksi

Related posts

‘Jerat’ Janji Pengalaman Seram Berbeza, Angkat Misteri Vila Lama Sebagai Teras Cerita

Karim Khan

Sayang Sayang Bakal Ditayangkan Di Pawagam Malaysia 5 November Ini

Karim Khan

Rosyam Nor Anggap Kecaman Terhadap Watak Firzan Bukti Lakonannya Berjaya

Karim Khan

Bas Malam Lancar Teaser Rasmi, Ketengahkan Misteri Enam Orang Dan Satu Rahsia

Karim Khan

Teaser Takluk 2: Op Daulat Paparkan Operasi Memburu Militan GMN

Karim Khan

Gambar Pertama HAK: Tuntut Atau Tunduk Dedah Kehidupan Syafiq Kyle Dan Mimi Lana

Farah

Leave a Comment