Kakimuvee
Official Trailer

Treler Baharu I Play Rocky Dedah Perjuangan Sylvester Stallone Menghasilkan Filem Rocky

Amazon MGM Studios melancarkan treler kedua I Play Rocky, sebuah filem biografi yang mengangkat kisah perjuangan Sylvester Stallone sebelum namanya dikenali sebagai salah seorang bintang terbesar Hollywood menerusi filem Rocky (1976).

Diarahkan oleh Peter Farrelly, pengarah filem pemenang Oscar Green Book, filem ini menampilkan Anthony Ippolito sebagai Stallone ketika beliau masih bergelut untuk membina kerjaya sebagai pelakon.

Treler terbaharu memperlihatkan Stallone yang sering gagal mendapatkan tawaran lakonan sebelum mengambil keputusan untuk menulis sendiri sebuah skrip. Hasilnya ialah Rocky, sebuah kisah mengenai petinju kurang dikenali yang mendapat peluang untuk mencabar juara heavyweight dunia.

Bagaimanapun, perjuangan Stallone tidak terhenti selepas skripnya menarik perhatian penerbit. Beliau turut berkeras mahu membawakan sendiri watak Rocky Balboa, walaupun keputusan tersebut mendapat tentangan daripada pihak yang berminat menerbitkan filem berkenaan.

Selain memaparkan usaha Stallone mempertahankan keputusannya, treler itu turut memperlihatkan proses pembikinan Rocky, termasuk pertemuannya dengan Carl Weathers serta penghasilan semula beberapa adegan ikonik daripada filem asal.

Anthony Ippolito sebelum ini pernah membawakan watak Al Pacino dalam siri The Offer, yang turut mengangkat kisah di sebalik pembikinan sebuah filem klasik Hollywood, The Godfather.

Barisan pelakon I Play Rocky turut menampilkan AnnaSophia Robb sebagai Sasha Czack, Stephan James sebagai Carl Weathers, Matt Dillon sebagai Frank Stallone Sr., serta Toby Kebbell, P.J. Byrne, Jay Duplass dan Tracy Letts.

Ditulis oleh Peter Gamble, filem ini turut menyaksikan Peter Farrelly bertindak sebagai penerbit bersama Toby Emmerich dan Christian Baha.

I Play Rocky terlebih dahulu ditayangkan di Toronto International Film Festival pada September lalu sebelum dijadualkan menemui penonton di pawagam terpilih Amerika Syarikat pada 6 November, diikuti tayangan lebih meluas pada 20 November 2026.

Tayangan tersebut juga bersempena ulang tahun ke-50 Rocky, yang mula ditayangkan pada November 1976 dan kemudian memenangi tiga Anugerah Akademi, termasuk Filem Terbaik.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Trailer Baharu Focker In-Law Satukan Kembali Ben Stiller Dan Robert De Niro

Farah

Spider-Man: Brand New Day Tampil Dengan Pengalaman SCREENX Pertama di Malaysia

Karim Khan

Terperangkap Dalam Cinta Yang Manis, Our Sticky Love Lancar Poster Utama Dan Treler

Farah

Jane Levy Dan Jessica Rothe Berdepan Pembunuh Misteri Dalam Filem Seram River

Karim Khan

Robert Pattinson Bawa Watak Chris Hansen Dalam Filem Biografi Jenayah Primetime

Karim Khan

Doctor X: Mafia in White Lancar Trailer, Tayang Oktober Di Netflix

Farah

Leave a Comment