Kakimuvee
AsianNetflixStreaming

Agent Kim Reactivated Dalam Perbincangan Untuk Musim Kedua

Agent Kim Reactivated season 2

Drama popular SBS, Agent Kim Reactivated, berkemungkinan akan kembali dengan musim kedua.

Menurut laporan OSEN pada 26 Julai, produksi drama itu telah memulakan perbincangan bagi menghasilkan Agent Kim Reactivated Musim 2.

Pihak syarikat produksi mengesahkan perkara itu kepada media dengan menyatakan, “Terima kasih atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan. Agent Kim Reactivated kini sedang dalam perbincangan positif untuk penerbitan Musim 2.”

Mereka bagaimanapun menjelaskan bahawa Musim 1 baru sahaja melabuhkan tirai, justeru jadual terperinci masih belum diputuskan.

“Musim 1 baru sahaja tamat, jadi kami berharap semua dapat memahami bahawa jadual terperinci masih belum ditetapkan. Kami akan berkongsi maklumat sebaik sahaja ia disahkan,” kata wakil produksi.

Sebelum ini, SBS turut memberi bayangan mengenai kemungkinan penerbitan musim kedua susulan sambutan hangat yang diterima drama tersebut.

Tamat Dengan Rating Memberangsangkan

Dibintangi So Ji Sub, Choi Dae Hoon, Yoon Kyung Ho, Joo Sang Wook dan beberapa lagi pelakon, Agent Kim Reactivated merupakan drama aksi balas dendam yang mengisahkan Pengurus Kim (So Ji Sub), seorang bapa yang kelihatan biasa tetapi menyimpan rahsia silam. Dia sanggup mempertaruhkan segala-galanya demi menyelamatkan anak perempuannya.

Drama itu menamatkan siaran pada 25 Julai sebagai rancangan nombor satu dalam slot tayangannya, dengan mencatat rating yang hampir menyamai rekod tertingginya iaitu 23.1 peratus.

Buat masa ini, tiada maklumat lanjut mengenai jadual produksi atau tarikh tayangan Musim 2 diumumkan.

Sumber: Soompi

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Song Kang Kembali Ke Netflix Menerusi Four Hands, Two Sonatas, Tayang Ogos Ini

Karim Khan

Nicolas Cage Anggap Satu Musim Spider-Noir Sudah Cukup Sempurna

Karim Khan

Pelangi Di Mars: Saksikan Trailer Rasmi, Tayang Di Pawagam Malaysia 3 September Ini

Farah

Prime Video Perbaharui Carrie Untuk Musim Kedua Selepas Menduduki Carta No. 1 Di Lebih 105 Negara

Karim Khan

David Fincher Dedah Tajuk Baharu Sekuel Once Upon a Time in Hollywood

Karim Khan

Senarai Kandungan Baharu Disney+ Julai 2026: ‘X-Men ’97’ Musim 2, ‘A Shop for Killers’ 2 & Banyak Lagi

Karim Khan

Leave a Comment