Kakimuvee
Berita LokalOfficial Trailer

Trailer Rasmi Baga: Esok Untuk Siapa Telah Dilancarkan, Tontonnya Disini

Trailer rasmi filem drama tempatan, Baga: Esok Untuk Siapa, akhirnya dilancarkan menjelang tayangannya di pawagam seluruh Malaysia pada 5 November 2026.

Filem arahan Ariff Zulkarnain ini menampilkan Amir Ahnaf dan Amirah Razak sebagai teraju utama, menerusi sebuah kisah yang mengetengahkan percintaan, kemiskinan serta cabaran kehidupan masyarakat di sebuah perkampungan pesisir pantai di Pantai Timur.

Baga: Esok Untuk Siapa mengisahkan Jani dan Melur, sepasang kekasih yang menyimpan impian untuk meninggalkan kampung halaman mereka demi membina kehidupan yang lebih baik.

Bagaimanapun, hubungan mereka mula diuji apabila Melur berdepan kehamilan yang tidak dirancang, sekali gus memaksa pasangan tersebut membuat keputusan sukar mengenai masa depan mereka.

Dalam usaha mengubah nasib, Jani mengambil keputusan berisiko dengan melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan dadah. Tindakannya itu membawa mereka berdepan pelbagai konflik yang berkait rapat dengan kemiskinan, ketagihan serta tekanan norma tradisi dalam komuniti setempat.

Selain Amir Ahnaf dan Amirah Razak, filem ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Wan Hanafi Su, Cech Adrea, Kimal Mokhtar, Idham Maulana, Asrulfaizal dan Mat Over.

Diterbitkan oleh Indigo Films Sdn Bhd, Baga: Esok Untuk Siapa turut menyaksikan penglibatan Syafiq Yusof dan Syafiq Kyle sebagai penerbit, manakala SKOP Productions Sdn Bhd bertindak sebagai pengedar dengan strategi pemasaran dikendalikan oleh Primeworks Studios.

Filem ini dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 5 November 2026.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

RTM Dan Astro Perkukuh Kerjasama Strategik, Perluas Akses Kandungan Berkualiti Kepada Rakyat

Karim Khan

Kerajaan Tolak Tayangan Madu atau Racun, Drama Cetus Kontroversi

Karim Khan

Trailer Terbaharu Street Fighter Dedahkan Lebih Banyak Kisah Ryu Dan Ken

Karim Khan

[VIDEO] Resident Evil Bakal Gunakan Perspektif Orang Pertama Seperti Dalam Permainan

Karim Khan

Sayang Sayang Bakal Ditayangkan Di Pawagam Malaysia 5 November Ini

Karim Khan

Khong-Khaek 2 Bakal Menghantui Pawagam Malaysia 24 September Ini

Farah

Leave a Comment