
Spider-Man: Brand New Day memulakan tayangannya dengan sambutan memberangsangkan daripada pengkritik profesional apabila mencatat skor 90% di Rotten Tomatoes berdasarkan 138 ulasan setakat artikel ini ditulis.
Pencapaian itu sekali lagi meletakkan filem terbaru Marvel Studios dan Sony Pictures sebagai antara naskhah adiwira yang menerima respons positif daripada pengulas profesional.
Majoriti pengkritik memuji lakonan Tom Holland sebagai Peter Parker, pendekatan penceritaan yang lebih beremosi, serta fokus filem terhadap perkembangan watak berbanding aksi berskala besar.

Antara ulasan paling positif datang daripada ComicBookMovie.com yang memberikan markah penuh 5/5 sambil menyifatkan:
“Spider-Man: Brand New Day is everything fans could want. Emotional, hilarious, and heartfelt, it’s an action-packed love letter to the comics and one of Spidey’s best big-screen adventures. Spider-Man has never been more amazing.”
Nerdist pula memberikan 4.5/5 dan memuji pendekatan lebih intim yang diambil filem ini:
“Spider-Man: Brand New Day chooses to focus on relationships and the smaller moments rather than big spectacle. Because of this, Brand New Day is finally the most ‘Spider-Man’ Spider-Man movie.”
RogerEbert.com turut memberikan ulasan positif dengan markah 2.5/4, namun menyifatkan filem ini masih terikat dengan formula Marvel Cinematic Universe (MCU):
“Affection for the characters who have been around for four movies now goes a long way to holding ‘Brand New Day’ together, but it ultimately succumbs to one of the biggest problems of late-stage MCU: The feeling that it’s just preparation for more movies.”
Walaupun begitu, tidak semua pengkritik memberikan reaksi yang sama. Rolling Stone memberikan status “Rotten” kepada filem ini dan menyatakan:
“The movie keeps getting tangled in a complicated web of its own making, one that feels all too familiar after several decades of superhero cinema sucking up the cultural oxygen.”
FandomWire pula memberikan markah 5/10 dengan menyatakan:
“Though it is hard to follow up something as ambitious as No Way Home, something as haphazard as Brand New Day is not the direction to take.”
Di Metacritic pula, Spider-Man: Brand New Day memperoleh skor 70/100 berdasarkan 39 ulasan. Daripada jumlah itu, 30 ulasan (77%) dikategorikan sebagai positif, manakala sembilan ulasan (23%) menerima status bercampur-campur. Menariknya, setakat ini tiada sebarang ulasan negatif direkodkan di platform tersebut.
Diarahkan oleh Destin Daniel Cretton, filem ini menampilkan barisan pelakon utama seperti Tom Holland, Zendaya, Sadie Sink, Jacob Batalon, Jon Bernthal dan Mark Ruffalo.
Filem ini mengisahkan Peter Parker yang kini menjalani kehidupan sepenuh masa sebagai Spider-Man dalam dunia yang sudah melupakan identitinya. Ketika cuba meneruskan kehidupan dan menyaksikan rakan-rakan lamanya bergerak ke hadapan tanpa dirinya, Peter berdepan perubahan yang sukar dikawal.
Dalam masa yang sama, kemunculan ancaman misteri baharu memaksanya berdepan cabaran paling berbahaya dalam hidupnya.
Spider-Man: Brand New Day dijadualkan menemui penonton di pawagam Malaysia bermula 30 Julai 2026.
Jangan lupa baca juga ulasan penuh Kakimuvee untuk mengetahui pandangan kami mengenai pengembaraan terbaru Spider-Man
