
Filem epik arahan Christopher Nolan, The Odyssey, dijangka mencatat kutipan pembukaan yang sangat memberangsangkan apabila diunjurkan meraih sekitar AS$195 juta hingga AS$210 juta di seluruh dunia pada hujung minggu tayangannya.
Menurut laporan Deadline, filem terbitan Universal Pictures itu dijangka mengutip sekitar AS$85 juta hingga AS$100 juta di Amerika Utara, manakala pasaran antarabangsa pula dianggarkan menyumbang kira-kira AS$110 juta. Secara keseluruhan, kutipan global hujung minggu pembukaan dijangka mencecah sekitar AS$200 juta.
Sekiranya unjuran tersebut menjadi kenyataan, The Odyssey bakal mencatat antara pembukaan terbesar dalam karier Christopher Nolan, hanya di belakang The Dark Knight dan The Dark Knight Rises.
Filem yang diadaptasi daripada epik klasik karya Homer ini dibintangi Matt Damon sebagai Odysseus, selain dibarisi pelakon seperti Tom Holland, Anne Hathaway, Zendaya, Robert Pattinson, Lupita Nyong’o, Charlize Theron dan Jon Bernthal.
The Odyssey turut mencipta sejarah sebagai filem cereka pertama yang dirakam sepenuhnya menggunakan kamera IMAX, sekali gus menjadikan tayangan IMAX sebagai antara tarikan utama kepada penonton di seluruh dunia
Sumber: Forbes, Financial Times
