Kakimuvee
Berita Lokal

Papa Zola The Movie Kukuhkan Dominasi Serantau dengan 4.4 Juta Penonton dan RM68.2 Juta Kutipan

Papa Zola The Movie kini filem animasi nombor satu di Malaysia dengan catatan 4.4 juta jumlah penonton di seluruh Asia Tenggara, dan telah meraih lebih RM68.2 juta kutipan pecah panggung, menjadikannya filem Malaysia ketiga tertinggi sepanjang zaman dari segi kutipan, selepas Mat Kilau dan Blood Brothers.

Pengarah Media MONSTA, Faiz Zainal Aabidin berkata bersempena cuti panjang yang bakal tiba sempena Tahun Baharu Cina dan cuti persekolahan selama seminggu, pihak produksi terus menggiatkan usaha mengajak rakyat Malaysia meluangkan masa bersama keluarga di pawagam.

“Menjelang cuti panjang Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah seminggu, fokus kami di Malaysia adalah untuk mengajak para keluarga untuk menonton Papa Zola The Movie bersama-sama di pawagam. Pada masa yang sama, MONSTA sedang memperluas fokus promosi ke pasaran antarabangsa susulan prestasi memberangsangkan filem ini di luar negara,” katanya.

Di Indonesia, filem berkenaan terus mencatat sambutan memberangsangkan apabila kini berada dalam kelompok lima filem teratas paling banyak ditonton di pawagam ketika ini, dengan kehadiran penonton yang tinggi khususnya di bandar-bandar utama.

Ketua Pegawai Pemasaran MD Pictures, Rivki Morais berkata pencapaian tersebut mencerminkan penerimaan positif penonton Indonesia terhadap filem itu.

“Papa Zola The Movie kini berada dalam kelompok lima filem teratas paling banyak ditonton di pawagam ketika ini, dengan kehadiran penonton yang tinggi khususnya di pusat bandar utama,” katanya.

Papa Zola The Movie akan meneruskan tayangan serta aktiviti promosi antarabangsa di Arab Saudi, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu pada April, diikuti pasaran GCC lain termasuk Bahrain, Oman dan Qatar pada Mei, serta Turkiye, India dan Vietnam pada Jun.

Artikel Berkaitan:  'Mojoku Hilang' Tayang 23 Julai Ini, Adipati Dolken dan Mimi Lana Bergandingan Dalam Romantik Komedi Terbaru

Bagi mendekatkan filem ini dengan penonton di setiap negara, Papa Zola The Movie turut ditampilkan dalam versi alih suara yang disesuaikan mengikut bahasa tempatan, selaras dengan keperluan dan cita rasa pasaran masing-masing.

Seiring dengan ketibaan musim cuti perayaan, rakyat Malaysia dijemput untuk menyaksikan Papa Zola The Movie di pawagam — tontonan pilihan keluarga sepanjang cuti sekolah.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Gambar Pertama HAK: Tuntut Atau Tunduk Dedah Kehidupan Syafiq Kyle Dan Mimi Lana

Farah

Astro Dan SKMM Berganding Bahu Dalam Siri ‘Maara’ Promosi Kesedaran Internet Selamat

Karim Khan

‘Jerat’ Janji Pengalaman Seram Berbeza, Angkat Misteri Vila Lama Sebagai Teras Cerita

Karim Khan

Tiada Lagi Babak Dipotong Untuk Filem Klasifikasi 18

Karim Khan

Trailer Rasmi Pemuja Syaitan Dedahkan Misteri Kapsul Masa Di Pulau Terpencil

Karim Khan

Tikus! Tawar Misteri Pembunuhan Dalam Program Healing Di Sebuah Resort

Karim Khan

Leave a Comment