Kakimuvee
Berita Lokal

GSC Popcorn Run Kembali Dengan Tema Avengers: Doomsday, Berlangsung 6 Disember Ini

Avengers: Doomsday menjadi tema GSC x Alliance Bank Popcorn Run 2026 yang bakal berlangsung pada 6 Disember ini di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang.

Memasuki edisi kelapan, acara anjuran Golden Screen Cinemas (GSC) bersama Alliance Bank itu menawarkan tiga kategori larian, dengan hadiah wang tunai sehingga RM1,000 untuk pelari terbaik.

Peserta boleh memilih kategori 5KM Fun Run untuk larian santai, atau menguji kemampuan dalam kategori kompetitif 10KM dan 21KM. Acara dijadualkan berlangsung dari pukul 5 pagi hingga 12 tengah hari.

Antara tarikan tahun ini ialah kit larian bertemakan Avengers: Doomsday bernilai sehingga RM400. Kit tersebut merangkumi jersi larian, pingat penamat, tuala, beg serut serta tiket filem 2D GSC. Peserta kategori 21KM turut menerima baju penamat eksklusif.

Selain larian, penganjur turut menyediakan elemen bertemakan Marvel sepanjang acara, hiburan serta aktiviti karnival. Acara ini terbuka kepada pelari berpengalaman, peserta santai dan keluarga yang mahu meluangkan masa bersama.

Tempoh pendaftaran early bird akan berakhir tidak lama lagi. Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dan mendaftar melalui Race Roster.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Trailer Rasmi Baga: Esok Untuk Siapa Telah Dilancarkan, Tontonnya Disini

Karim Khan

Erma Fatima Seru Masyarakat Buka Mata Isu Tunggang Agama

Karim Khan

GSC Lancar Trailer Rasmi Chelot Yang Penuh Aksi

Karim Khan

Astro Perluas Kerjasama Dengan Disney+, Lebih Banyak Filem Marvel, Star Wars & Kandungan Tempatan Ditawarkan

Karim Khan

Trailer Rasmi Pemuja Syaitan Dedahkan Misteri Kapsul Masa Di Pulau Terpencil

Karim Khan

Tiket Sehala: Filem Aksi Malaysia Arahan Rahila Ali Tayang Ogos Ini

Karim Khan

Leave a Comment