Kakimuvee
HorrorOfficial Trailer

Whalefall: Austin Abrams Terperangkap Dalam Perut Paus Gergasi

Gambar filem Whalefall

Trailer kedua Whalefall kini telah dilancarkan, memperlihatkan lebih banyak situasi yang perlu dihadapi watak utama selepas dia ditelan seekor paus sperma gergasi.

Filem arahan Brian Duffield ini dibintangi Austin Abrams sebagai seorang penyelam skuba yang sedang mencari jasad bapanya yang telah meninggal dunia. Namun, pencariannya bertukar menjadi perjuangan untuk terus hidup apabila dia berdepan seekor paus sperma sepanjang 80 kaki dengan berat kira-kira 60 tan.

Trailer terbaharu memperlihatkan watak Abrams cuba mengelak daripada disedut masuk ke dalam mulut paus tersebut ketika haiwan berkenaan sedang makan.

Bagaimanapun, dia akhirnya ditelan hidup-hidup.

Selepas itu, filem ini membawa penonton ke dalam situasi yang lebih mencemaskan apabila watak Abrams terperangkap di dalam badan paus tersebut.

Dia bukan sahaja perlu mencari jalan untuk keluar, malah turut berdepan hidupan laut lain yang masih berada di dalam paus berkenaan.

Lebih membimbangkan, bekalan oksigennya semakin berkurangan. Anda boleh tonton trailer dibawah:

Hanya Satu Jam Untuk Menyelamatkan Diri

Whalefall menampilkan situasi survival yang berlangsung dalam tempoh yang sangat terhad.

Selepas ditelan paus, watak Abrams hanya mempunyai satu jam bekalan oksigen untuk mencari jalan keluar sebelum oksigennya habis.

Trailer kedua turut memperlihatkan suasana klaustrofobik di dalam paus tersebut, dengan watak utama dikelilingi air, kegelapan dan hidupan laut lain.

Filem ini merupakan adaptasi daripada novel karya Daniel Kraus dan diarahkan oleh Brian Duffield. Barisan pelakonnya turut menampilkan Josh Brolin, Elisabeth Shue, John Ortiz, Jane Levy dan Emily Rudd.

Whalefall Akan Ditayangkan Di Malaysia

Untuk penonton Malaysia, Whalefall kini disenaraikan untuk tayangan di pawagam pada 15 Oktober 2026, sehari lebih awal berbanding tarikh tayangan Amerika Syarikat pada 16 Oktober.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Steven Yeun Bakal Terajui Siri Supernatural Netflix, Pagans

Karim Khan

[TRAILER] Minions Kembali Lagi! ‘Minions & Monsters’, Bakal Rungkai Kisah Lucu Minions Menakluk Hollywood

Karim Khan

Pemuja Syaitan Bawa Misteri Ke Layar Perak, Tampilkan Zul Ariffin, Elizabeth Tan & Nadhir Nasar

Karim Khan

Rupa-Rupanya Kabin Dalam The Evil Dead Benar-Benar Wujud, Kisahnya Lebih Seram Daripada Filem

Karim Khan

Resident Evil: TV Spot Baharu Berikan Pandangan Pertama Anjing Zombie

Karim Khan

Trailer Rasmi ‘Kung Fu Soccer’ Telah Dilancarkan, Akan Tayang Di Malaysia Pada 13 Ogos Ini

Karim Khan

Leave a Comment