Kakimuvee
HorrorOfficial Trailer

Treler Evil Dead Burn Tampil Lebih Kejam, Akan Tayang Di Malaysia Pada 9 Julai Ini

Francais seram ikonik Evil Dead kembali mengganas menerusi filem terbaharu, Evil Dead Burn, yang baru sahaja melancarkan treler rasmi penuh dengan aksi ngeri, keganasan berdarah serta kemunculan Deadites yang lebih menggerunkan berbanding filem-filem terdahulu.

Treler tersebut turut memperlihatkan suasana tegang dalam sebuah rumah terpencil apabila sebuah perjumpaan keluarga bertukar menjadi mimpi ngeri yang penuh pertumpahan darah.

Diarahkan oleh Sébastien Vaniček, Evil Dead Burn mengisahkan seorang wanita yang kehilangan suaminya lalu mencari ketenangan bersama keluarga mentuanya di sebuah rumah terpencil.

Namun, keadaan berubah menjadi huru-hara selepas satu demi satu ahli keluarga dirasuk Deadites, menjadikan perjumpaan keluarga itu sebagai “reunion dari neraka”. Dalam usahanya untuk terus hidup, dia terpaksa berdepan kuasa jahat yang mengancam nyawa mereka semua.

Filem ini dibintangi oleh Souheila Yacoub, Hunter Doohan, Luciane Buchanan, Tandi Wright, Erroll Shand, George Pullar dan Maude Davey. Filem ini diterbitkan oleh Sam Raimi bersama Rob Tapert, sekali gus meneruskan legasi francais Evil Dead.

Di Malaysia, Evil Dead Burn dijadualkan menemui penonton di pawagam bermula 9 Julai 2026, sehari lebih awal berbanding tayangan di Amerika Syarikat. Filem ini diklasifikasikan sebagai 18 dan dijangka menjadi antara filem seram paling dinantikan tahun ini

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Artikel Berkaitan:  Pendulum: Filem Seram Terbaharu Lakonan Joseph Gordon-Levitt Kini Dedah Teaser

Related posts

Terperangkap Dalam Cinta Yang Manis, Our Sticky Love Lancar Poster Utama Dan Treler

Farah

Whalefall: Austin Abrams Terperangkap Dalam Perut Paus Gergasi

Karim Khan

Cyberpunk: Edgerunners 2 Tayang Treler Rasmi, Janjikan Aksi Lebih Berdarah Dan Brutal

Karim Khan

Robert Downey Jr. Yakin Avengers: Doomsday Mampu ‘Pulihkan’ Kepercayaan Peminat Terhadap MCU

Karim Khan

Teaser Day Drinker Dilancarkan, Johnny Depp Kembali Bergandingan Dengan Penélope Cruz

Karim Khan

Teaser Star Wars: Ahsoka Musim 2 Telah Dilancarkan, Tayangan Januari 2027

Karim Khan

Leave a Comment