Kakimuvee
DisneyPlusStreamingSuperhero / Live-Action / Comic

Marvel Umum Siri Perisik Zodiac, Tayang Di Disney+ Pada 2028

Marvel Studios secara rasmi mengumumkan sebuah siri televisyen baharu berjudul Zodiac, yang dijadualkan untuk ditayangkan menerusi Disney+ pada tahun 2028.

Pengumuman tersebut dibuat sempena acara New York Comic Con, selepas kewujudan projek berkenaan terlebih dahulu dilaporkan oleh The Hollywood Reporter pada bulan lalu, ketika melaporkan mengenai pembatalan siri Daredevil: Born Again selepas musim ketiganya.

Setakat ini, Marvel Studios masih belum mendedahkan banyak maklumat mengenai Zodiac. Bagaimanapun, siri tersebut disahkan bergenre thriller perisikan dan dipercayai akan memberi tumpuan kepada S.H.I.E.L.D., organisasi perisikan rahsia kerajaan yang memainkan peranan penting dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Marvel Studios turut mengesahkan bahawa proses pemilihan pelakon akan bermula dalam beberapa minggu lagi, manakala penggambaran dijadualkan berlangsung pada tahun 2027.

Buat masa ini, jalan cerita serta watak-watak Marvel yang bakal muncul dalam Zodiac masih dirahsiakan. Namun, terdapat kemungkinan Nick Fury, watak yang dilakonkan Samuel L. Jackson, akan terlibat memandangkan hubungannya yang rapat dengan S.H.I.E.L.D. Bagaimanapun, kemunculan watak tersebut masih belum disahkan.

Dengan tayangan yang dijadualkan pada 2028, Zodiac juga berkemungkinan mengambil tempat selepas peristiwa Avengers: Secret Wars, yang turut bakal menampilkan Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury.

Dua filem Avengers akan datang dijangka membawa perubahan besar kepada MCU. Walaupun terdapat spekulasi mengenai kemungkinan francais tersebut akan dimulakan semula, Presiden Marvel Studios, Kevin Feige sebelum ini menegaskan bahawa Secret Wars tidak akan menyebabkan keseluruhan MCU di-reboot.

Sumber: IGN

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Maraton Sebelum ‘Evil Dead Burn’! Kesemua 5 Filem ‘Evil Dead’ Akan Tersedia Di HBO Max

Karim Khan

Inde Navarrette Mahu Bawa Watak Mystique Ke MCU, Akui Sudah Bertemu Pengarah X-Men

Karim Khan

Senarai Pilihan Prime Video September 2026: 7 Filem Dan Siri Menarik Untuk Ditonton

Karim Khan

Misteri Kehilangan Isteri Jadi Tumpuan Dalam Thriller Korea Baharu The Husband Di Disney+

Karim Khan

6 Tayangan Wajib Tonton Di Disney+ Ogos 2026

Farah

Ryan Reynolds Sahkan Filem Keempat Deadpool Sedang Dirancang

Karim Khan

Leave a Comment