Kakimuvee
Berita LokalHorror

Pemuja Syaitan: Filem Seram Sulung Liyana Jasmay Bakal Menghantui Pawagam 15 Oktober Ini

Poster Filem Pemuja Syaitan

Pengarah dan pelakon Liyana Jasmay bakal tampil dengan filem seram arahan pertamanya, Pemuja Syaitan, yang dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 15 Oktober 2026.

Mengangkat tema persahabatan, pengkhianatan dan rahsia silam, filem ini menampilkan Zul Ariffin, Aila Azizul, Nadhir Nasar dan Elizabeth Tan sebagai pelakon utama.

Pemuja Syaitan mengisahkan sekumpulan bekas rakan sekelas yang kembali berkumpul di kampung halaman mereka beberapa bulan selepas tamat persekolahan.

Pertemuan yang sepatutnya menjadi peluang untuk mengimbau kenangan lama mula berubah apabila mereka menggali semula sebuah kapsul masa yang pernah ditanam bersama. Penemuan tersebut membangkitkan kembali rahsia pengkhianatan dan kenangan pahit yang selama ini cuba dilupakan.

Namun, malam pertemuan itu berakhir dengan tragedi apabila enam mayat ditemukan keesokan harinya, manakala seorang individu dilaporkan hilang dan seorang lagi mengalami trauma.

Inspektor Zul (Zul Ariffin) kemudian ditugaskan untuk menyiasat kejadian tersebut dan merungkai apa sebenarnya yang berlaku pada malam berkenaan. Bagaimanapun, siasatannya membawa kepada penemuan rahsia yang jauh lebih besar daripada yang dijangkakan.

Selain empat pelakon utama, filem ini turut dibintangi Ellyza Azizi, Dhabita Auji, Aida Amron, Hakim Khan, Nat Aaliyah, Rosdeen Suboh, Dee Al Hadi, Yusuf Amin, Atoi Tohet, Selena Jasmay dan Marsha Biddulph.

Sementara itu, satu tayangan khas Pemuja Syaitan telah diadakan di TGV Suria KLCC pada 7 Oktober lalu, dengan kehadiran Liyana Jasmay bersama barisan pelakon, rakan media dan tetamu jemputan.

Filem ini merupakan terbitan Mermaid Studios dan Suraya Filem Production & Distribution, dengan kerjasama Skop Productions sebagai rakan pengedaran serta Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran.

Pemuja Syaitan akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 15 Oktober 2026.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR TAYANGAN KHAS PEMUJA SYAITAN

OFFICIAL TRAILER

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

‘Human Vapor’: Pencipta ‘Train to Busan’ Hasilkan Siri Netflix Tentang Pembunuh Yang Boleh Bertukar Menjadi Asap

Karim Khan

Netflix Hasilkan Filem Seram Adaptasi Novel Perancis La Nuit ravagée

Karim Khan

5 Siri Seram Mike Flanagan Yang Anda Boleh Tonton Di Netflix

Karim Khan

Steven Yeun Bakal Terajui Siri Supernatural Netflix, Pagans

Karim Khan

Papa Zola The Movie Umum Barisan Pelakon Suara Korea Selatan

Karim Khan

Carrie: Trailer Baharu Tampilkan Versi Lebih Moden Adaptasi Novel Stephen King

Karim Khan

Leave a Comment