
Trailer rasmi filem Kudrat 1968: High Council telah dilancarkan menjelang tayangannya di pawagam seluruh Malaysia pada 29 Oktober 2026.
Filem ini merupakan kesinambungan kepada siri empat episod Kudrat 1968: High Council dan bakal menjadi penutup kepada kisah yang telah diperkenalkan menerusi siri tersebut.
Berlatarbelakangkan tahun 1968, Kudrat 1968: High Council meneruskan konflik yang melibatkan perebutan kuasa, pengkhianatan dan perjuangan watak-watak utamanya dalam menghadapi ancaman yang semakin memuncak.
Saksikan kemuncak kisah Kudrat 1968: High Council di pawagam seluruh Malaysia bermula 29 Oktober 2026.

