Kakimuvee
Superhero / Live-Action / Comic

Infinity Gauntlet Dengan Batu Permata Sebenar Bernilai AS$25 Juta Bakal Dilelong Disember Ini

Replika Infinity Gauntlet yang dihiasi enam batu permata sebenar bakal dilelong pada 8 Disember 2026 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu. Sarung tangan ikonik yang sinonim dengan watak Thanos dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) itu pernah ditawarkan pada harga AS$25 juta ketika diperkenalkan pada 2022.

Menurut Reuters, acara lelongan tersebut akan dikendalikan oleh Julien’s Auctions dengan kerjasama East Continental Gems, menerusi acara Pop Culture Legends Evening Sale yang berlangsung di Rosewood Abu Dhabi.

Replika eksklusif ini dihasilkan oleh syarikat barang kemas East Continental Gems menggunakan reka bentuk asal yang dibekalkan oleh Marvel. Ia menampilkan enam batu permata tulen, iaitu ruby, garnet, sapphire, amethyst, emerald dan yellow diamond, yang masing-masing mewakili enam Infinity Stones.

Kesemua batu permata tersebut mempunyai berat gabungan melebihi 170 karat dan telah mendapat pengesahan daripada makmal gemologi. Menurut Julien’s Auctions, batu-batu berkenaan juga tidak melalui sebarang proses rawatan atau peningkatan kualiti.

Dengan ketinggian hampir 20 inci, replika ini merupakan koleksi eksklusif yang hanya dihasilkan satu unit menerusi persetujuan bersama Marvel dan Disney.

Infinity Gauntlet tersebut pertama kali diperkenalkan kepada umum semasa San Diego Comic-Con 2022. Idea penghasilannya pula bermula pada 2019 apabila Ketua Pegawai Eksekutif East Continental Gems, Adam Mirzoeff, mencadangkan penghasilan sarung tangan berkenaan menggunakan batu permata sebenar.

Selain peminat Marvel, Julien’s Auctions turut menyasarkan pengumpul barang kemas, karya seni dan barangan koleksi eksklusif sebagai bakal pembida.

Sebelum dilelong di Abu Dhabi, replika tersebut akan dipamerkan di Bahrain sepanjang November. Pihak penganjur turut memaklumkan bahawa individu yang berminat untuk menyertai lelongan perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu.

Acara lelongan itu dijadualkan berlangsung pada 8 Disember 2026, hanya sepuluh hari sebelum tayangan Avengers: Doomsday di Amerika Syarikat pada 18 Disember.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Pencipta Deadpool Ulas Khabar Angin Kepulangan Josh Brolin Sebagai Cable

Karim Khan

Unjuran Box Office Clayface Meningkat, Dijangka Raih Sehingga AS$55 Juta Pada Minggu Pembukaan Global

Karim Khan

Kit Connor Dilapor Dipilih Sebagai Cyclops Dalam Reboot X-Men MCU

Karim Khan

Lady Gaga Dikhabarkan Bakal Bawa Watak Dazzler Dalam Filem X-Men

Karim Khan

Street Fighter: David Dastmalchian Dedah Inspirasi Hidupkan Watak M. Bison

Karim Khan

James Gunn Beri Kemas Kini Siri Animasi Blue Beetle, 10 Projek Animasi DC Sedang Dibangunkan

Karim Khan

Leave a Comment