Kakimuvee
Superhero / Live-Action / Comic

Marvel Dedah Butiran Baharu Zodiac, Siri Thriller Perisik Yang Lebih Gelap Dan Ganas

Marvel Studios mula mendedahkan beberapa butiran mengenai Zodiac, siri thriller perisik terbaharu yang diumumkan ketika New York Comic Con (NYCC) awal bulan ini. Projek yang sebelum ini dirahsiakan itu kini dilaporkan telah mendapatkan dua penulis berpengalaman, selain memperkenalkan gambaran awal mengenai jalan ceritanya.

Menurut Deadline, Amit Cohen dan Ron Leshem telah menyertai Zodiac sebagai penulis. Leshem sebelum ini terlibat sebagai pencipta siri asal Israel, Euphoria, yang kemudiannya diadaptasi oleh HBO menjadi versi Hollywood lakonan Zendaya.

Cohen dan Leshem juga pernah bekerjasama menghasilkan beberapa siri televisyen Israel, termasuk Trust No One, Bad Boy, 8200, Red Skies dan Traitor. Pengalaman kedua-duanya dalam menghasilkan drama jenayah dan thriller perisikan dilihat selari dengan pendekatan yang sedang dibangunkan Marvel untuk siri baharu ini.

Dari segi penceritaan, Zodiac dilaporkan akan mengikuti dua orang perisik yang ditugaskan memburu beberapa individu yang memiliki kebolehan luar biasa. Bagaimanapun, identiti watak utama serta organisasi yang menaungi kedua-dua perisik tersebut masih belum didedahkan.

Sementara itu, Knight Edge Media melaporkan bahawa Marvel sedang membangunkan Zodiac sebagai sebuah thriller perisik British dengan pendekatan yang lebih gelap. Studio itul juga dilaporkan sedang mencari tiga pelakon utama British, terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita, untuk membawakan watak baharu yang dicipta khusus untuk siri ini dan bukannya diadaptasi daripada komik Marvel.

Laporan sama turut menggambarkan Zodiac sebagai sebuah siri yang lebih 'gritty' dan serius berbanding filem perisikan seperti James Bond atau Mission: Impossible, dengan drama perisik FX, The Americans, dijadikan antara perbandingan dari segi pendekatan penceritaan.

Ada Kaitan Dengan Agents of S.H.I.E.L.D.?

Salah satu perkara yang mencetuskan persoalan mengenai Zodiacialah logo rasminya yang memperlihatkan sebahagian lambang organisasi S.H.I.E.L.D., sekali gus menimbulkan spekulasi bahawa siri ini mungkin mempunyai kaitan dengan Agents of S.H.I.E.L.D., yang pernah disiarkan menerusi ABC.

Ketua Marvel Television, Animation dan Comics, Brad Winderbaum, sebelum ini turut memberikan bayangan bahawa logo tersebut menyimpan beberapa petunjuk kepada peminat komik Marvel.

Menurut Winderbaum, terdapat banyak perkara tersembunyi dalam logo Zodiac yang boleh dikenal pasti oleh pembaca komik, namun beliau enggan mendedahkan sebarang maklumat lanjut kerana projek tersebut sememangnya dirancang untuk kekal misteri.

Antara spekulasi yang timbul ialah kemungkinan Zodiac meneruskan sebahagian kisah daripada Agents of S.H.I.E.L.D., termasuk membuka ruang kepada kemunculan semula watak seperti Phil Coulson lakonan Clark Gregg dan Daisy Johnson lakonan Chloe Bennet.

Terdapat juga teori bahawa Zodiacmerupakan sebuah organisasi baharu dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) yang mengambil alih peranan S.H.I.E.L.D., atau mempunyai hubungan dengan MI-13, pasukan perisikan dalam komik Marvel yang pernah melibatkan watak Captain Britain, Blade dan Black Knight.

Bagaimanapun, semua teori tersebut masih belum mendapat pengesahan rasmi daripada Marvel Studios.

Setakat ini, Marvel masih belum mengumumkan barisan pelakon, jadual penggambaran mahupun tarikh tayangan Zodiac.

Sumber: Deadline, Comicbookmovie

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

“Steve Rogers Sangat Dekat Di Hati Saya” – Chris Evans

Karim Khan

Adria Arjona Kritik Pelakon ‘Method Acting’, Peminat Syak Jared Leto

Karim Khan

Projek Misteri MCU Disney+ Mungkin Melibatkan Champions Atau New Mutants?

Karim Khan

Scarlett Johansson Jadi Poison Ivy Dalam The Batman: Part II?

Karim Khan

Bagaimana Spider-Man: Brand New Day Menjadi Tapak Pemulaan Kepada Mutant Saga MCU?

Karim Khan

Peminat Persoal Penggunaan AI Dalam Concept Art Spider-Man: Brand New Day

Karim Khan

Leave a Comment