Kakimuvee
Superhero / Live-Action / Comic

Lady Gaga Dikhabarkan Bakal Bawa Watak Dazzler Dalam Filem X-Men

Lady Gaga sebagai Dazzler

Nama Lady Gaga kini dikaitkan dengan filem reboot X-Men terbitan Marvel Studios.

Menurut ComicBookMovie, beberapa sumber hiburan di media sosial mendakwa penyanyi dan pelakon itu bakal membawakan watak Dazzler.

Setakat ini, Marvel belum mengesahkan penglibatan Gaga, jadi perkara tersebut masih sekadar khabar angin.

Bagi yang peminat yang kurang mengenali watak itu, Dazzler atau Alison Blaire ialah seorang penyanyi yang mempunyai kebolehan mutan untuk menukar bunyi kepada cahaya.

Semakin kuat bunyi di sekelilingnya, semakin besar tenaga yang boleh dihasilkannya.

Gabungan muzik dan kuasa mutan itu menjadikan Gaga pilihan yang mudah dibayangkan untuk watak tersebut, tetapi belum ada petunjuk tentang sama ada Dazzler akan muncul dalam filem ini atau sebesar mana peranannya.

Gaga sebelum ini pernah membintangi A Star Is Born, House of Gucci dan Joker: Folie à Deux. Jika khabar angin ini benar, X-Men akan menjadi filem pertamanya dalam Marvel Cinematic Universe.

Marvel Studios sudah pun mengumumkan barisan pelakon utama filem X-Men, termasuk Sadie Sink sebagai Jean Grey, Kit Connor sebagai Cyclops, Maya Boyd sebagai Storm dan Christopher Abbott sebagai Professor X.

Filem arahan Jake Schreier itu dijadualkan menemui penonton di pawagam pada 5 Mei 2028.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

James Gunn Sahkan Siri Animasi Blue Beetle Masih Dalam Pembangunan

Karim Khan

The Batman Part II: Batmobile Didedahkan Menerusi Rakaman Set

Karim Khan

Avengers: Endgame Encore Ada Durasi Berbeza Mengikut Jenis Pawagam

Karim Khan

Daredevil: Born Again Akan Tamat Dengan Musim Ketiga

Karim Khan

Chris Evans Tolak Lebih 10 Tawaran Marvel Sebelum Kembali Dalam Avengers: Doomsday

Karim Khan

Gambar Set Penggambaran The Batman: Part II Dedah Petunjuk Court Of Owls Dan Anarky?

Karim Khan

Leave a Comment