
Pelakon veteran Britain, Sir Patrick Stewart, yang terkenal menerusi watak Kapten Jean-Luc Picard dalam Star Trek dan Profesor Charles Xavier dalam francais X-Men, dilaporkan meninggal dunia pada usia 86 tahun.
Menurut kenyataan yang dikongsikan menerusi akaun X miliknya, Stewart meninggal dunia di kediamannya di Los Angeles selepas mengalami penyakit Alzheimer dan demensia badan Lewy. Kedua-dua penyakit tersebut sebelum ini tidak pernah didedahkan kepada umum.
Stewart memulakan kerjayanya dalam bidang teater dan pernah menganggotai Royal Shakespeare Company selama 14 tahun sebelum meraih populariti antarabangsa menerusi siri Star Trek: The Next Generation pada 1987. Beliau kemudiannya menjadi antara wajah paling dikenali dalam francais X-Men menerusi watak Profesor Charles Xavier.
Pemergian beliau turut mendapat penghormatan daripada Marvel Studios serta rakan pelakon, termasuk Hugh Jackman, yang menyifatkan Stewart sebagai antara pelakon terhebat dalam dunia teater dan perfileman.
William Shatner dan George Takei, dua nama besar francais Star Trek, turut memberikan penghormatan kepada Stewart atas sumbangan dan pengaruhnya sepanjang beberapa dekad dalam industri hiburan.
Sumber: ABC News Australia
