Kakimuvee
BeritaNetflixStreaming

Netflix Dilapor Batalkan Siri Spin-Off ‘Squid Game: America’

Netflix dilaporkan telah membatalkan perancangan untuk menghasilkan siri spin-off Amerika bagi francais popular Squid Game yang sebelum ini dikatakan bakal diarahkan oleh David Fincher.

Laporan mengenai projek tersebut mula muncul pada tahun 2024. Ketika itu, Dennis Kelly, pencipta siri thriller British Utopia, dilaporkan dipilih sebagai penulis skrip manakala David Fincher akan bertindak sebagai pengarah.

Namun, selepas pengumuman awal itu, perkembangan projek tersebut dilihat agak perlahan.

Pada November 2025, laman Film and Television Industry Alliance turut menyenaraikan projek berjudul Squid Game: America dengan penggambaran dijadualkan bermula pada Februari 2026 di Los Angeles.

Bagaimanapun, rancangan itu kini dipercayai tidak lagi diteruskan.

Menurut laporan The Playlist (via IGN), beberapa sumber memaklumkan bahawa Netflix telah mengubah hala tuju francais Squid Game sejak idea versi David Fincher diperkenalkan.

Pada mulanya, Netflix berminat menghasilkan adaptasi Amerika berdasarkan kejayaan luar biasa siri asal dari Korea Selatan.

Kini, platform penstriman itu dikatakan lebih berminat untuk mengembangkan dunia Squid Game melalui kisah-kisah yang berlatarbelakangkan pelbagai negara.

Namun begitu, masih belum dapat dipastikan sama ada ia akan melibatkan spin-off khusus mengikut negara seperti Brazil, Norway atau sebagainya.

Sumber sama turut menjelaskan bahawa tiada bukti menunjukkan versi-versi antarabangsa tersebut sedang dibangunkan ketika ini.

Mereka turut menyatakan projek Squid Game: America kini dianggap telah dibatalkan sepenuhnya.

Antara faktor yang dipercayai menyumbang kepada pembatalan projek itu ialah tempoh pembangunan yang terlalu lama, perubahan dalam barisan pengurusan Netflix serta komitmen David Fincher terhadap projek lain, termasuk filem The Adventures of Cliff Booth.

Laporan ini juga menjadikan kemunculan mengejut Cate Blanchett pada penghujung Squid Game Musim 3 semakin mengelirukan.

Walaupun kemunculannya tidak mempunyai kaitan dengan siri arahan Fincher, babak tersebut memberi bayangan bahawa permainan Squid Game turut wujud di negara-negara lain dan berpotensi menjadi asas kepada kisah baharu pada masa hadapan.

Sebelum ini, pencipta Squid Game, Hwang Dong-hyuk, pernah menyatakan minat untuk menghasilkan siri spin-off yang memfokuskan kepada apa yang berlaku di antara musim pertama dan kedua.

Namun beliau turut mengesahkan bahawa Musim 3 merupakan penamat muktamad kepada kisah utama siri tersebut.

Buat masa ini, masih belum diketahui apakah perancangan sebenar Netflix untuk masa depan francais Squid Game.

Sumber: IGN

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Rancangan Misteri Baharu ‘Murder Club: Liar’s Table’ Bakal Temui Penonton Di Disney+ 29 Julai Ini

Farah

‘Avatar Aang: The Last Airbender’ Kembali Dengan Pengembaraan Baharu, Tonton Trailer Rasmi

Karim Khan

Hayden Panettiere Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun

Karim Khan

Disney Lancar Infinity Vision, Tayangan Khas ‘Avengers: Endgame Encore’ Tampilkan Babak Baharu

Karim Khan

Stuart Fails To Save The Universe Diperbaharui Untuk Musim 2

Karim Khan

Carrie: Trailer Baharu Tampilkan Versi Lebih Moden Adaptasi Novel Stephen King

Karim Khan

Leave a Comment