Kakimuvee
Official TrailerSuperhero / Live-Action / Comic

Trailer Terakhir Avengers: Doomsday Dedahkan Kehidupan Steve Rogers Selepas Endgame, Aksi X-Men Jadi Tumpuan

Marvel Studios telah melancarkan trailer terakhir Avengers: Doomsday, kali ini dengan memberikan lebih banyak gambaran mengenai kehidupan Steve Rogers selepas peristiwa Avengers: Endgame, di samping memperlihatkan aksi anggota X-Men dalam berdepan dengan ancaman Sentinel.

Seperti yang diketahui, Steve Rogers memilih untuk kembali ke masa lalu dan menjalani kehidupan bersama Peggy Carter selepas misi mengembalikan Infinity Stones dalam Avengers: Endgame. Namun, keputusan tersebut nampaknya mempunyai kaitan dengan konflik yang bakal tercetus dalam filem terbaharu Avengers ini.

Trailer dibuka dengan babak pertemuan semula Steve (Chris Evans) dan Peggy (Hayley Atwell) sebelum memperkenalkan anak lelaki mereka. Kehidupan berkeluarga bekas Captain America itu bagaimanapun terganggu apabila dia menerima kunjungan daripada Fantastic Four.

“Bertahun-tahun dahulu, kami melakukan apa yang perlu untuk memperbetulkan keadaan dunia. Namun, kami tidak tahu keputusan itu akan membawa kesan,” kata Steve ketika menceritakan apa yang pernah berlaku kepada mereka.

Dalam satu babak lain, Steve turut berkongsi kisah silamnya sebagai seorang adiwira kepada anak lelakinya.

“Kami berenam ketika itu. Kami dikenali sebagai Avengers.”

Sementara itu, Doctor Doom lakonan Robert Downey Jr. diperlihatkan bersama tiga ahli sihir dari Latveria. Trailer ini turut memberikan gambaran mengenai kekuatan watak tersebut menerusi pertembungannya dengan Thor (Chris Hemsworth).

Selain Shang-Chi dan anggota New Avengers, kemunculan Kate Bishop (Hailee Steinfeld) serta Cassie Lang (Kathryn Newton) dalam trailer berkenaan sekali gus mengesahkan penglibatan kedua-dua watak tersebut dalam Avengers: Doomsday.

Bagi peminat X-Men, antara babak paling menarik pastinya ketika Cyclops (James Marsden) melaungkan dialog ikoniknya, “To me, my X-Men,” sewaktu beberapa Sentinel muncul di sekelilingnya.

Nightcrawler (Alan Cumming) pula dilihat menggunakan kebolehan teleportasinya melibatkan Gambit, Mystique, Captain America versi Sam Wilson, Yelena Belova, Shang-Chi dan Reed Richards. Thor dan Steve Rogers kemudiannya turut menyertai kumpulan tersebut.

Marvel memilih untuk menutup trailer terakhir ini dengan interaksi antara Steve dan Thor, dua daripada enam anggota asal Avengers yang sudah lama tidak dilihat bersama di layar perak.

Kembali diarahkan oleh adik-beradik Russo, Avengers: Doomsday bakal menyaksikan pertemuan Avengers, New Avengers, Fantastic Four dan X-Men dalam menghadapi ancaman Doctor Doom.

Avengers: Doomsday dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 17 Disember 2026.

Related posts

Percy Jackson And The Olympians Musim 3 Tayang November, Teaser Rasmi Didedahkan

Farah

Trailer Crystal Lake Dedahkan Misteri Di Sebalik Jason Voorhees

Karim Khan

Inde Navarrette Mahu Bawa Watak Mystique Ke MCU, Akui Sudah Bertemu Pengarah X-Men

Karim Khan

Peter Parker Kembali Dalam Treler Baharu Spider-Man: Brand New Day, Tayang Julai Ini

Karim Khan

Robert Downey Jr. Yakin Avengers: Doomsday Mampu ‘Pulihkan’ Kepercayaan Peminat Terhadap MCU

Karim Khan

Shaquille O’Neal Dedah Pernah Ditolak Marvel Untuk Peranan Dalam Avengers

Karim Khan

Leave a Comment