Kakimuvee
Official Trailer

Andrew Garfield Pimpin Pemberontakan Dalam Trailer Pertama The Uprising

Andrew Garfield dalam'The Uprising' - The Telegraph India
Andrew Garfield dalam ‘The Uprising’ – The Telegraph India

Andrew Garfield tampil dengan watak yang paling mencabar dari segi fizikal menerusi filem epik sejarah terbaharu, The Uprising, yang kini telah melancarkan trailer pertamanya.

Filem arahan Paul Greengrass, pengarah di sebalik francais Jason Bourne dan Captain Phillips, mengangkat kisah pemberontakan bersejarah yang berlaku di England pada abad ke-14, dengan memfokuskan kepada perjuangan rakyat biasa menentang penindasan pemerintah.

Dalam The Uprising, Garfield membawakan watak Ploughman, seorang petani yang kehilangan seluruh keluarganya akibat wabak Bubonik atau Black Death. Tragedi tersebut mengubah hidupnya apabila dia bangkit memimpin penduduk kampung menentang cukai yang membebankan serta ketidaksamaan sosial yang semakin menekan golongan bawahan.

Berlatarbelakangkan Pemberontakan Petani 1381 (Peasants’ Revolt), filem ini menyaksikan Ploughman muncul sebagai pemimpin yang tidak dijangka dalam usaha menentang pemerintahan Raja Richard II yang ketika itu masih muda.

Trailer pertama memperlihatkan transformasi Garfield yang cukup drastik apabila tampil dengan imej kasar, lengkap dengan pertempuran berlumpur, pertarungan pedang serta ucapan penuh emosi yang membakar semangat rakyat untuk bangkit menentang penindasan.

Selain memaparkan aksi berskala besar, The Uprising turut mengetengahkan tema perjuangan, keadilan dan keberanian rakyat biasa yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menuntut kebebasan daripada pemerintahan yang zalim.

Barisan pelakon filem ini turut dibintangi Jamie Bell, Thomasin McKenzie, Katherine Waterston, Stephen Dillane, Tom Hollander, Cosmo Jarvis, Jonny Lee Miller dan Woody Norman.

The Uprising ditulis dan diarahkan sendiri oleh Paul Greengrass, dan dijadualkan menemui penonton di pawagam bermula 11 September.

Sumber: The Telegraph India

Poster filem The Uprising lakonan Andrew Garfield
SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Dead-End Job Lakonan Lee Jae-wook Tayang 30 Oktober Di Netflix

Farah

Fall 2: Deadpoint Anjurkan Tayangan Imersif, Penonton Dicabar Jangan Jatuh Sepanjang Filem

Karim Khan

John Cena Tampil Dalam Treler Rasmi Beroktan Tinggi – Matchbox The Movie

Karim Khan

[VIDEO] Resident Evil Bakal Gunakan Perspektif Orang Pertama Seperti Dalam Permainan

Karim Khan

Trailer The Hunger Games: Sunrise On The Reaping Memperlihatkan Aksi 50th Hunger Games

Karim Khan

Monster: The Lizzie Borden Story Tampilkan Sarah Paulson Sebagai Aileen Wuornos

Farah

Leave a Comment