Kakimuvee
Official TrailerPrime VideoStreaming

Arnold Schwarzenegger Jadi Santa Claus Dalam The Man with the Bag, Tayang 2 Disember Ini

Selepas hampir 30 tahun membintangi filem komedi Krismas Jingle All the Way (1996), Arnold Schwarzenegger sekali lagi terlibat dalam sebuah filem bertemakan perayaan tersebut. Bezanya, kali ini beliau sendiri akan membawakan watak Santa Claus menerusi filem aksi komedi The Man with the Bag, yang bakal ditayangkan di Prime Video pada 2 Disember 2026.

Prime Video turut melancarkan treler rasmi, poster dan beberapa imej terbaharu filem arahan Adam Shankman itu, yang turut menampilkan Alan Ritchson, pelakon utama siri Reacher.

The Man with the Bag mengisahkan Santa Claus (Schwarzenegger) yang berdepan masalah apabila beg merah ajaib miliknya dicuri oleh seorang bunian yang menyimpan dendam, lakonan Awkwafina. Kehilangan beg tersebut menyebabkan sambutan Krismas terancam, sedangkan Santa hanya mempunyai masa yang singkat untuk mendapatkannya semula.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Santa mendapatkan bantuan Vance (Ritchson), seorang pencuri yang namanya terdapat dalam senarai individu nakal (Naughty List). Vance kemudian mengumpulkan sekumpulan penjenayah dengan kepakaran masing-masing untuk merancang satu rompakan bagi mendapatkan semula beg berkenaan.

Misi tersebut turut melibatkan anak perempuan Vance, beberapa bunian dan rusa kutub, sekali gus menyaksikan Santa terpaksa bekerjasama dengan sekumpulan pencuri demi memastikan sambutan Krismas dapat diteruskan.

Berbeza daripada kebanyakan filem Krismas yang berteraskan kisah kekeluargaan, The Man with the Bag menggunakan konsep filem rompakan (heist movie) sebagai asas penceritaannya, dengan gabungan aksi, komedi dan elemen fantasi.

Selain Schwarzenegger, Ritchson dan Awkwafina, filem ini turut dibintangi Berkeley James, Michael Cyril Creighton, Liza Koshy, Kyle Mooney, Jane Krakowski dan Ken Jeong.

Filem ini diarahkan oleh Adam Shankman berdasarkan skrip tulisan Allan Rice, manakala Lawrence Grey, Ben Everard, Reg Tigerman, Dan Spilo dan Alan Ritchson bertindak sebagai penerbit.

Dengan durasi 111 minit dan klasifikasi PG, The Man with the Bag akan ditayangkan secara global dan eksklusif di Prime Video bermula 2 Disember 2026.

Sumber: Siaran media Prime Video

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Sacha Baron Cohen Hidupkan Kembali Karakter Paling Kontroversi Dalam Filem Baharu Ali G: Who Iz I?

Karim Khan

Ada Apa Dengan Cinta? Dan Ada Apa Dengan Cinta? 2 Kini Boleh Ditonton Di Tonton

Karim Khan

Teaser Takluk 2: Op Daulat Paparkan Operasi Memburu Militan GMN

Karim Khan

Bae Suzy Bakal Terajui Drama Fantasi Sejarah Netflix ‘Men of the Harem’

Karim Khan

Dead-End Job Lakonan Lee Jae-wook Tayang 30 Oktober Di Netflix

Farah

Disney+ Batalkan Wonder Man, Tiada Musim Kedua

Karim Khan

Leave a Comment