Kakimuvee
Berita LokalOfficial Trailer

Teaser Takluk 2: Op Daulat Paparkan Operasi Memburu Militan GMN

Poster filem Takluk 2: Op Daulat

Takluk 2: Op Daulat kini memperlihatkan teaser trailer terbaru, yang memberikan gambaran awal mengenai konflik yang membabitkan kumpulan militan GMN serta operasi pasukan keselamatan untuk mengekang ancaman tersebut.

Teaser dibuka dengan satu adegan dramatik di sebuah rumah yang terletak di kawasan perkampungan atas air. Situasi yang dipaparkan memberikan gambaran tentang satu serangan hendap, dengan latar dan keadaannya mengingatkan kepada insiden serangan yang berlaku ketika pencerobohan Lahad Datu, Sabah pada 2013.

Selepas itu, teaser beralih kepada usaha pihak berkuasa untuk menghentikan ancaman GMN. Beberapa babak memperlihatkan operasi yang dijalankan secara bersama oleh pasukan polis dan anggota tentera, termasuk persiapan operasi, pergerakan taktikal serta pertempuran dengan kumpulan militan terbabit.

Teaser turut memperlihatkan beberapa watak utama seperti Remy Ishak sebagai Mejar Haikal, manakala Syafiq Kyle membawa watak DSP Zambri dan Kamal Adli sebagai DSP Jai. Mereka turut disertai Sara Ali sebagai Natrah Hamzah, Syaff Azahan sebagai Spt Biggo, Azalizan Azaman sebagai Kerol, Imranul Effendy sebagai Mail dan Ayez Shaukat sebagai Samat.

Barisan pelakon lain termasuk Joshua Anthony Gui sebagai Koperal Clif, Luqman Hafidz sebagai LUK Azran, Taufiq Hanafi sebagai Leftenan Ustat, Haeriyanto Hassan sebagai IPD Datuk Sri Abu Bakar, Fadlan Hazim sebagai Sarjan Apot, Josiah Hogan sebagai SAC Kamal, Nasir Jani sebagai Raja Imran dan Riezman Khuzaimi sebagai SAC Datuk Mizan.

Sinopsis Takluk 2: Op Daulat

Takluk 2: Op Daulat meneruskan kisah pasukan keselamatan dalam menghadapi ancaman kumpulan militan GMN. Operasi tersebut melibatkan kerjasama antara pasukan polis dan tentera dalam usaha menghentikan kegiatan kumpulan terbabit.

Francais Takluk diinspirasikan daripada peristiwa pencerobohan Lahad Datu dan Operasi Daulat pada 2013. Filem ini diarahkan oleh Zulkarnain Azhar, yang turut mengarahkan filem pertama, Takluk: Lahad Datu.

Berdasarkan teaser yang diperlihatkan, Takluk 2: Op Daulat memberi tumpuan kepada operasi pasukan keselamatan dalam menghapuskan ancaman dari kumpulan GMN, dengan beberapa babak aksi yang melibatkan operasi darat serta pertempuran.

Takluk 2: Op Daulat dijadualkan menemui penonton di pawagam pada 26 November 2026.

Poster filem Takluk 2: Op Daulat
SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Liam Neeson Jadi Buruan Polis Dalam Treler Rasmi The Mongoose

Karim Khan

Insidious: Out of the Further Perkenalkan Cyrus, Entiti Jahat Baharu Dalam Dunia The Further

Karim Khan

Beto Kusyairy, Shukri Yahaya Dan Barisan Pelakon Meriahkan Gala Premiere CHELOT

Karim Khan

Trailer Fall 2: Deadpoint Tampilkan Cabaran Lebih Ekstrem Pada Ketinggian 5,000 Kaki

Karim Khan

Trailer Baharu Jumanji: Open World Dilancarkan, Permainan Kini Menceroboh Dunia Sebenar

Karim Khan

Filem Ke-46 Doraemon Diumumkan, Bakal Tayang Musim Bunga 2027

Karim Khan

Leave a Comment