Kakimuvee
Anime

Hiroyuki Sanada Dalam Rundingan Akhir Untuk Bawa Watak Hiruzen Sarutobi Dalam Filem Naruto

Selepas Charles Melton, kini nama Hiroyuki Sanada pula dikaitkan dengan filem live-action Naruto yang bakal diarahkan oleh Destin Daniel Cretton.

Menurut laporan Deadline, pelakon yang cukup dikenali menerusi Shogun dan Mortal Kombat itu kini berada dalam rundingan akhir untuk membawakan watak Hiruzen Sarutobi, atau lebih dikenali sebagai Hokage Ketiga.

Dalam manga dan anime Naruto karya Masashi Kishimoto, Hiruzen merupakan pemimpin Konohagakure (Hidden Leaf Village) dan antara watak yang memainkan peranan penting dalam kehidupan Naruto Uzumaki sejak kecil.

Sementara itu, Charles Melton yang dilaporkan berada dalam rundingan untuk membawakan watak Kakashi Hatake sejak Ogos lalu masih dalam perbincangan untuk menyertai filem tersebut.

Meskipun penggambaran dijangka bermula sekitar musim bunga 2027, masih belum ada sebarang pengumuman mengenai siapa yang bakal membawakan watak Naruto Uzumaki, Sasuke Uchiha dan Sakura Haruno.

Lionsgate sebelum ini telah melancarkan pencarian pelakon di seluruh dunia bagi membawakan ketiga-tiga watak utama yang menganggotai Team 7, sekali gus membuka kemungkinan watak-watak tersebut bakal dilakonkan oleh muka baharu.

“Karya Masashi Kishimoto-sensei telah memberi inspirasi kepada beberapa generasi peminat di seluruh dunia. Satu penghormatan buat saya untuk membawa dunia dan watak-watak ciptaannya ke layar perak dalam bentuk live-action buat pertama kalinya.

“Saya cukup teruja untuk memulakan pencarian pelakon bagi Team 7 di seluruh dunia dan menghidupkan dunia Naruto,” kata Cretton ketika mengumumkan pencarian pelakon.

Cretton sebelum ini mengarahkan dua filem Marvel, iaitu Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings dan Spider-Man: Brand New Day.

Filem live-action Naruto yang dibangunkan menerusi kerjasama Sony dan Lionsgate ini masih belum mempunyai tarikh tayangan rasmi.

Sumber: IGN, Deadline

Related posts

Demon Slayer: Infinity Castle Kini Boleh Distrim Di Crunchyroll

Karim Khan

Era HiAnime Berakhir, Tujuh Dalang Laman Penstriman Anime Haram Diberkas

Karim Khan

One Piece Umum Dua Filem Baharu, Termasuk God Valley

Karim Khan

Peminat Anime Ditahan Selepas Membatalkan Barangan Anime ‘Naruto’ Dan ‘One Piece’ Bernilai RM120 Juta

Farah

Jujutsu Kaisen Berkolaborasi Dengan 1 Utama, Bermula 17 Oktober Ini

Karim Khan

Tonton Trailer Terbaru Eiga Doraemon: Nobita no Joki Jikansha

Karim Khan

Leave a Comment