Kakimuvee
DisneyPlusHorrorStreaming

Reboot The X-Files Selesai Jalani Penggambaran Episod Perintis

Reboot siri ikonik The X-Files terus menunjukkan perkembangan positif apabila episod perintisnya dilaporkan telah selesai menjalani penggambaran.

Pelakon Himesh Patel (Tenet, Don’t Look Up) mengesahkan beliau akan membintangi siri tersebut bersama Danielle Deadwyler (The Woman in the Yard). Menurut Patel, kedua-dua mereka akan membawa watak baharu dan bukannya menggantikan watak legenda Fox Mulder serta Dana Scully.

“Saya dan Danielle Deadwyler memainkan watak yang benar-benar baharu, dan kami baru sahaja selesai menjalani penggambaran episod perintis. Jika siri ini diteruskan, barulah kita akan lihat ke mana kisahnya berkembang,” katanya.

Kenyataan itu turut mengesahkan bahawa Hulu setakat ini hanya menempah satu episod perintis. Siri penuh masih belum menerima lampu hijau, sekali gus bermakna masa depan reboot tersebut masih bergantung kepada keputusan pihak penstriman itu.

Siri reboot The X-Files ditulis dan diarahkan oleh Ryan Coogler, pengarah di sebalik filem Sinners, manakala Jennifer Yale bertindak sebagai showrunner.

Dari segi jalan cerita, Patel dan Deadwyler akan membawa watak dua ejen FBI yang cemerlang tetapi mempunyai personaliti berbeza. Mereka ditugaskan untuk mengendalikan semula sebuah unit yang telah lama ditutup, yang menyiasat pelbagai kes melibatkan fenomena paranormal dan kejadian misteri.

Selain Patel dan Deadwyler, siri ini turut menampilkan barisan pelakon jemputan seperti Amy Madigan, Steve Buscemi, Ben Foster, Devery Jacobs, Lochlyn Munro, Tantoo Cardinal, Joel D. Montgrand dan Sofia Grace Clifton.

Siri asal The X-Files disiarkan selama sembilan musim dari 1993 hingga 2002 sebelum kembali dengan dua musim tambahan pada 2016 dan 2018. Sepanjang tempoh itu, sebanyak 218 episod diterbitkan selain dua filem, iaitu The X-Files: Fight the Future (1998) dan The X-Files: I Want to Believe (2008).

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

6 Filem Korea Di Netflix Yang Wajib Ditonton Hujung Minggu Ini.

Farah

Gareth Edwards Tidak Akan Mengarahkan Filem Baharu Jurassic World

Karim Khan

Siri Anime ‘Terminator Zero’ Dibatalkan Netflix Selepas Satu Musim

Karim Khan

Fenomena YouTube The Mandela Catalogue Bakal Diadaptasi Ke Layar Perak Oleh Steven Spielberg & Amazon MGM

Karim Khan

Inde Navarrette Terperangkap Di Atas Roller Coaster Dalam Invertigo

Karim Khan

Flex X Cop Musim 2 Kembali Dengan Misi Lebih Berbahaya, Strim Di Disney+ Mulai 7 Ogos

Karim Khan

Leave a Comment