Kakimuvee
BeritaStreaming

Beth Greene Kembali Dalam Universe The Walking Dead

Beth dalam The Walking Dead

Selepas lebih sedekad, Emily Kinney kembali ke universe The Walking Dead sebagai Beth Greene menerusi The Walking Dead: Dead City.

Kepulangan ini tentu mengejutkan peminat memandangkan Beth sebelum ini terbunuh dalam musim kelima The Walking Dead pada 2014.

Namun, kemunculannya kali ini berlaku menerusi sebuah episod yang memperkenalkan realiti alternatif dalam francais tersebut.

Dalam realiti berbeza ini, penonton akan melihat kehidupan Beth sekiranya kiamat zombie tidak pernah berlaku. Beth dilihat berada di New York City dengan gitar di belakangnya, menggambarkan dirinya sebagai seorang pemuzik yang berjaya mengejar impiannya.

Lebih menarik, kepulangan Beth turut menemukan semula watak itu dengan kakaknya, Maggie Greene, yang dilakonkan Lauren Cohan. Pertemuan kedua-duanya menjadi antara momen utama episod tersebut selepas hubungan mereka terputus sejak kematian Beth dalam siri asal.

Bagi Kinney, kembali sebagai Beth selepas kira-kira 12 tahun tidak terasa janggal. Dia berkata proses itu terasa begitu semula jadi, terutama kerana dapat bekerja semula dengan Cohan serta beberapa kru yang pernah terlibat dalam The Walking Dead.

“Ia terasa sangat semula jadi. Ada beberapa kru Dead City yang pernah bekerja dalam The Walking Dead, termasuk Lauren. Jadi, terdapat banyak wajah yang sudah saya kenali,” kata Kinney.

Kepulangan ini turut membawa elemen muzik yang sinonim dengan Beth. Kinney akan menyanyikan lagu asalnya, “Reasons to Stay Alive”, dalam episod tersebut. Dia juga baru melancarkan “Hold On”, lagu yang pernah dinyanyikan oleh Beth dalam musim ketiga The Walking Dead.

Episod realiti alternatif The Walking Dead: Dead City yang menampilkan kepulangan Emily Kinney sebagai Beth Greene akan disiarkan di AMC pada Ahad ini, jam 9 malam waktu ET.

Sumber: Entertainment Weekly

Beth dalam siri The Walking Dead: Dead City

Beth dalam siri The Walking Dead: Dead City

Beth dalam siri The Walking Dead: Dead City

Beth dalam siri The Walking Dead: Dead City

Beth dalam siri The Walking Dead: Dead City
SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Derita Penyakit Dementia Tidak Menghalang Bruce Willis Untuk Muncul Di Majlis Perkahwinan Anak Perempuannya

Karim Khan

Tony Jaa, Bintang Filem ‘Ong Bak’, Hidap Kanser Tahap 3

Karim Khan

Haunted Hotel Kembali Dengan Musim Kedua Oktober Ini

Farah

Pelakon Godzilla x Kong, Kaylee Hottle Meninggal Dunia Pada Usia 18 Tahun

Karim Khan

Mike Flanagan Sertai Adaptasi Live-Action Warhammer 40,000 Terbitan Prime Video

Karim Khan

Bilakah Spider-Man: Brand New Day Akan Tiba Di Disney+ Malaysia?

Karim Khan

Leave a Comment