Kakimuvee
Superhero / Live-Action / Comic

Ryan Reynolds Sahkan Filem Keempat Deadpool Sedang Dirancang

Ryan Reynolds akhirnya mengesahkan bahawa filem keempat Deadpool sememangnya sedang dalam perancangan, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depan Merc with a Mouth dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Dalam temu bual bersama Time, Reynolds ditanya sama ada Wade Wilson akan memainkan peranan sebagai watak sokongan dalam filem acara besar MCU seperti Avengers: Doomsday atau Avengers: Secret Wars.

Bagaimanapun, pelakon itu menjelaskan bahawa dia tidak mahu Deadpool menjadi ahli tetap Avengers atau X-Men.

“Jika Deadpool menjadi seorang Avenger atau X-Man, itu bermakna pengakhiran untuk watak itu. Ia adalah satu impian yang tidak boleh kami berikan kepadanya,” kata Reynolds.

Dalam masa yang sama, Reynolds turut mendedahkan bahawa dia kini sedang menulis sebuah projek baharu yang melibatkan barisan watak secara berkumpulan (ensemble), namun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

Deadpool akan kembali

Ketika muncul di acara Fanatics Fest, Reynolds sekali lagi memberi jaminan bahawa peminat pasti akan menyaksikan kemunculan sebuah lagi filem Deadpool.

Menurutnya, masih banyak elemen daripada komik yang belum diterokai di layar perak. Reynolds turut memuji hasil karya pencipta komik Fabian Nicieza serta penulis Gerry Duggan yang disifatkannya sebagai antara inspirasi utama untuk kisah-kisah Deadpool.

“Sudah tentu akan ada lagi filem Deadpool pada masa akan datang,” katanya.

Walaupun Reynolds tidak mendedahkan sama ada projek ensemble yang dimaksudkannya adalah filem Deadpool 4, ramai percaya kedua-duanya mungkin merupakan projek yang sama.

Filem X-Force?

Dalam perkembangan lain, khabar angin terbaru mendakwa projek tersebut sebenarnya adalah filem X-Force.

Jika laporan itu tepat, Deadpool dikatakan akan bergandingan dengan Wolverine, Cable dan Storm dalam sebuah filem berpasukan yang memfokuskan kepada mutan.

Setakat ini, Marvel Studios masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi mengenai projek seterusnya yang melibatkan Deadpool.

Namun dengan pengesahan daripada Ryan Reynolds sendiri, peminat kini boleh menjangkakan kepulangan Merc with a Mouth ke MCU hanyalah soal masa.

Sumber: Comicbookmovie

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Poster Rasmi Avengers: Doomsday Cetus Teori Kemunculan Scarlet Witch

Karim Khan

Avengers: Endgame Encore Kembali Mengungguli Kutipan Pawagam Malaysia

Karim Khan

James Gunn Sudah Menulis Filem Seterusnya Ketika Superman: Man of Tomorrow Dalam Proses Suntingan

Karim Khan

Florence Pugh Dedah Tom Holland Punca Dia Dapat Sertai Spider-Man: Brand New Day

Karim Khan

Kontrak James Gunn Dan Peter Safran Didakwa Tidak Akan Disambung Di DC Studios

Karim Khan

Spider-Man: Brand New Day Kini Catat Sejarah Baharu Buat MCU

Farah

Leave a Comment