Kakimuvee
Berita

Spider-Man: Brand New Day Kekal No. 1 Untuk Minggu Kelima Berturut-Turut

Coyote vs. Acme dan Spider-Man

Spider-Man: Brand New Day terus menguasai box office Amerika Utara apabila filem lakonan Tom Holland itu mengutip AS$22.2 juta pada hujung minggu kelima tayangannya.

Jumlah tersebut sudah cukup untuk mengekalkan filem Marvel Studios dan Sony itu di tempat pertama buat kali kelima berturut-turut. Sepanjang Ogos, Spider-Man: Brand New Day turut mengungguli carta box office Amerika Utara pada hampir setiap hari, kecuali hari pembukaan Insidious: Out of the Further.

Kutipan domestiknya kini mencecah sekitar AS$891.5 juta. Dengan pencapaian itu, filem berkenaan semakin hampir untuk mengatasi kutipan AS$936 juta Star Wars: The Force Awakens di Amerika Utara, yang masih memegang rekod kutipan domestik tertinggi tanpa mengambil kira inflasi.

Di peringkat global pula, Spider-Man: Brand New Day telah mengumpul sekitar AS$2.33 bilion dan kini berada dalam kelompok filem dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.

Coyote vs. Acme Catat Pembukaan Besar

Di tempat kedua, Coyote vs. Acme mencatat pembukaan yang jauh lebih baik daripada jangkaan selepas akhirnya mendapat peluang untuk ditayangkan di pawagam.

Filem yang menggabungkan animasi dan aksi langsung itu meraih sekitar AS$15.4 hingga AS$15.5 juta daripada 3,575 pawagam di Amerika Utara. Ia juga berjaya mengatasi The Odyssey yang mengutip AS$14.3 juta pada minggu ketujuh tayangan.

Pencapaian itu agak penting buat Ketchup Entertainment memandangkan Coyote vs. Acme sebelum ini hampir tidak pernah ditayangkan di pawagam.

Warner Bros. pada asalnya membatalkan filem tersebut pada 2023 dan merancang untuk menggunakannya sebagai potongan cukai. Selepas mendapat tekanan daripada peminat, studio kemudian membenarkan filem itu ditawarkan kepada pengedar lain sebelum Ketchup Entertainment memperoleh hak pengedarannya dengan harga sekitar AS$50 juta.

Artikel Berkaitan:  Coyote vs. ACME Akhirnya Tayang Selepas Kontroversi Pembatalan, Trailer Terakhir Cetus Perhatian

Kini, keputusan box office tersebut menjadi satu kemenangan besar buat pengedar bebas berkenaan. Pembukaan Coyote vs. Acme juga jauh mengatasi rekod pembukaan Ketchup Entertainment sebelum ini.

Selain sambutan penonton, filem tersebut turut menerima ulasan positif daripada pengkritik. Coyote vs. Acme kini mencatat skor sekitar 95% di Rotten Tomatoes dan memperoleh gred A daripada CinemaScore.

Bagi penonton di Malaysia, kita mungkin terpaksa menunggu sedikti laman sebelum dapat menonton filem ini walaupun pada awalnya ia tersenarai dalam senarai tayangan di pawagam tempatan.

The Dog Stars Gagal Menyerlah

Sementara itu, filem baharu arahan Ridley Scott, The Dog Stars, gagal memberikan saingan kepada dua filem tersebut.

Filem lakonan Jacob Elordi dan Josh Brolin itu hanya mengutip sekitar AS$8 juta pada hujung minggu pembukaan daripada 3,330 pawagam, sekali gus menduduki tempat kelima.

Prestasi tersebut agak mengecewakan memandangkan filem berkenaan hadir dengan nama besar seperti Scott dan Elordi. Sambutan daripada pengkritik juga kurang memberangsangkan dengan skor sekitar 40% di Rotten Tomatoes, manakala skor penonton berada pada 70%.

Di peringkat global, The Dog Stars turut mengutip sekitar AS$19 juta pada hujung minggu pembukaannya, termasuk AS$11 juta daripada pasaran antarabangsa.

Secara keseluruhan, Spider-Man: Brand New Day masih belum menunjukkan tanda kehilangan momentum di box office.

Sumber: The Wrap

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Remake Cliffhanger Lakonan Lily James Dan Pierce Brosnan Akan Tayang Februari 2027

Karim Khan

Bae Suzy Bakal Terajui Drama Fantasi Sejarah Netflix ‘Men of the Harem’

Karim Khan

John Leguizamo Jadi Villain Dalam Filem Miami Vice ’85 Arahan Joseph Kosinski

Karim Khan

Lebih 20 Pelakon Marvel Sokong Kempen Pembebasan Marwan Barghouti

Karim Khan

Zack Snyder Lancar Trailer The Last Photograph, Bakal Tayang Di TIFF

Karim Khan

4 Filem Blockbuster Paling Rugi Tahun 2026 Setakat Ini

Farah

Leave a Comment