Kakimuvee
Senarai Filem

Tikus!, Onslaught Antara Filem Baru Yang Akan Tayang Pada Minggu Pertama September 2026

Highlight filem bulan September 2026

Minggu pertama September 2026 menyaksikan beberapa filem baharu tiba di pawagam Malaysia, dengan pilihan yang merangkumi filem tempatan, Hollywood, Indonesia serta filem India berbahasa Malayalam.

Sebahagian besar judul akan mula ditayangkan pada Khamis, 3 September 2026. Daripada thriller survival yang mendebarkan hinggalah filem seram, komedi jenayah dan pengembaraan sains fiksyen, ada beberapa pilihan menarik untuk penonton pawagam minggu ini.

Berikut ialah lapan filem baharu yang boleh ditonton di pawagam Malaysia minggu ini.

FILEM MELAYU

Tikus!

Tarikh Tayangan: 3 September 2026
Genre: Misteri
Pengarah: Ellina Abdul Majid
Pelakon: Qiu Qatina, Nicholas Chin, Fattah Fawzy, Harris Andria, Iski Senna

Tikus!merupakan filem misteri tempatan yang membawa penonton ke sebuah pusat peranginan yang tiba-tiba bertukar menjadi lokasi penuh ketegangan.

Sekumpulan tetamu terperangkap selepas hujan lebat menyebabkan laluan keluar terputus. Keadaan menjadi semakin buruk apabila seorang demi seorang mula dibunuh.

Dengan pembunuh dipercayai berada dalam kalangan mereka, setiap tetamu terpaksa berhati-hati sambil cuba mencari identiti pelaku sebelum mereka menjadi mangsa seterusnya.

FILEM HOLLYWOOD

1. Fall 2: Deadpoint

Fall 2: Deadpoint

Tarikh Tayangan: 3 September 2026
Genre: Pengembaraan, Aksi, Thriller
Pengarah: Michael Spierig, Peter Spierig
Pelakon: Virginia Gardner, Grace Caroline Currey, Harriet Slater, Tom Brittney

Sekuel kepada filem survival Fall ini membawa penonton ke satu lagi situasi yang menguji keberanian dan ketahanan fizikal manusia.

Jax Hunter masih bergelut dengan kesedihan selepas kehilangan adiknya, Shiloh. Dalam usaha mencari penutup kepada tragedi tersebut, dia menyertai Luce, sahabat Shiloh yang berani, dalam satu cabaran ekstrem di Gunung Kwan, Thailand.

Mereka perlu merentasi laluan papan sempit yang tergantung kira-kira 3,000 kaki dari tanah. Namun, apabila tanah runtuh menyebabkan mereka terperangkap di atas struktur tersebut, cabaran yang pada mulanya dianggap sebagai pengembaraan bertukar menjadi perjuangan hidup dan mati.

Kini, kedua-duanya perlu mencari jalan untuk turun sambil berdepan ketinggian, cuaca dan keadaan fizikal yang semakin memburuk.

Artikel Berkaitan:  12 Filem & Siri Menarik Di Prime Video Sepanjang Oktober 2026

2. How To Rob A Bank

Tarikh Tayangan: 3 September 2026*
Genre: Aksi, Komedi, Thriller, Jenayah
Pengarah: David Leitch
Pelakon: Nicholas Hoult, Zoë Kravitz, Anna Sawai, Rhenzy Feliz, Christian Slater, Pete Davidson, John C. Reilly

* Laporan terbaru menyebut bahawa filem ditunda ke November, tapi masih berada dalam senarai showtime pawagam dengan status tarikh tayangan 3 September 2026.

David Leitch, pengarah John Wick, Deadpool 2 dan The Fall Guy, kembali dengan filem heist How To Rob A Bank.

Filem ini mengikuti sekumpulan perompak bank yang menggunakan media sosial sebagai sebahagian daripada operasi mereka. Namun, tindakan mereka yang semakin berani menyebabkan kumpulan tersebut mendapat perhatian pihak berkuasa.

Seorang ejen FBI berpengalaman dan seorang jurutera perisian kemudiannya berusaha menjejaki kumpulan tersebut.

Apabila populariti mereka semakin meningkat, risiko yang perlu ditanggung juga menjadi semakin besar. Mereka akhirnya perlu melaksanakan satu rompakan paling berani sebelum operasi mereka terbongkar.

3. Onslaught

Tarikh Tayangan: 4 September 2026
Genre: Aksi, Seram, Thriller
Pengarah: Adam Wingard
Pelakon: Adria Arjona, Dan Stevens, Rebecca Hall, Drew Starkey, Eric Wareheim, Reginald VelJohnson, Michael Biehn, Alex Pereira

Daripada pengarah Godzilla vs. Kong dan The Guest, Adam Wingard hadir dengan Onslaught, sebuah filem aksi-seram yang menggabungkan elemen ketenteraan dan makhluk hasil eksperimen.

Kisah bermula apabila sekumpulan askar super yang telah diubah suai secara genetik melarikan diri dan menjadi ancaman kepada orang awam.

Seorang penembak tepat Tentera Darat kemudiannya terpaksa menggunakan segala kemahiran yang dimilikinya untuk melindungi anak perempuannya daripada ancaman tersebut.

Apa yang berlaku selepas itu menjadi satu pertempuran hidup dan mati apabila mereka berdepan dengan askar super yang sukar dikawal.

FILEM INDONESIA

1. Pelangi Di Mars

Pelangi di Mars

Tarikh Tayangan: 3 September 2026
Genre: Pengembaraan, Drama, Sains Fiksyen
Pengarah: Upie Guava
Pelakon: Messi Gusti, Lutesha, Rio Dewanto, Livy Renata, Myesha Lin

Berlatar pada tahun 2090, Pelangi Di Mars membawa penonton ke masa depan apabila Bumi berdepan krisis air bersih yang semakin kritikal.

Artikel Berkaitan:  Sudah Tonton The Last House? Ini 5 Filem Survival Dalam Ruang Tertutup Yang Wajib Korang Tonton

Pelangi ialah manusia pertama yang dilahirkan dan dibesarkan di Marikh. Selepas koloni manusia meninggalkan planet tersebut, gadis berusia 12 tahun itu tinggal bersama sekumpulan robot yang sudah rosak.

Semuanya berubah apabila Pelangi memulakan perjalanan bersama robot-robot tersebut untuk mencari Zeolith Omega, sejenis mineral yang dipercayai mampu membantu memurnikan air di Bumi.

Perjalanan itu bukan sekadar misi menyelamatkan planet asal manusia, tetapi turut menjadi sebuah pengembaraan tentang persahabatan, keberanian dan harapan.

2. Cerita Lila

Gambar Cerita Lila

Tarikh Tayangan: 3 September 2026
Genre: Seram
Pengarah: Bobby Prasetyo
Pelakon: Lutesha, Shareefa Daanish, Myesha Lin, Firzanah Alya, Sara Wijayanto, Wisnu Hardana

Cerita Lila merupakan filem seram Indonesia yang mengisahkan roh seorang kanak-kanak perempuan bernama Lila yang masih terikat dengan sebuah rumah dan masa lalunya.

Kisahnya mula bersilang dengan kehidupan Tari dan anaknya, Nia, selepas mereka berpindah ke sebuah rumah lama. Nia kemudiannya berkawan dengan Lila tanpa mengetahui bahawa kanak-kanak tersebut sebenarnya ialah roh.

Apabila Nia dan ibunya mula menyiasat kisah di sebalik kewujudan Lila serta kehilangan saudara kembarnya, Lili, mereka mula menemui rahsia gelap yang selama ini disembunyikan.

Penemuan tersebut akhirnya membawa mereka kepada Rahma, ibu kepada Lila dan Lili, yang mempunyai kaitan rapat dengan tragedi tersebut.

3. Operasi Pesta Copet

Filem Operasi Pesta Copet

Tarikh Tayangan: 3 September 2026
Genre: Komedi, Jenayah, Muzikal
Pengarah: Edy Khemod
Pelakon: Iqbaal Ramadhan, Kristo Immanuel, Zulfa Maharani, Kawai Labiba

Apa yang berlaku apabila empat anak muda yang terdesak dengan masalah kewangan memutuskan untuk menjadi pencopet?

Itulah premis Operasi Pesta Copet, filem Indonesia yang menggabungkan unsur komedi, jenayah dan muzikal.

Ijal, Adut, Tia dan Melodi merancang untuk melakukan operasi pencopetan besar-besaran ketika berlangsungnya festival muzik Pestapora. Mereka perlu menyamar sebagai pengunjung biasa dan menggunakan suasana festival yang sesak untuk menjalankan misi.

Artikel Berkaitan:  Review Tikus!: Bermula Baik Tapi Gagal Memberikan Payoff

Namun, keempat-empat mereka bukanlah pencopet profesional. Apabila rancangan mula tersasar daripada apa yang dirancang, mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai situasi yang menguji persahabatan serta kemampuan masing-masing.

FILEM INDIA

I’m Game

Filem I'm Game

Tarikh Tayangan: 3 September 2026
Genre: Aksi, Jenayah, Thriller
Pengarah: Nahas Hidhayath
Pelakon: Dulquer Salmaan, Kayadu Lohar, Antony Varghese, Mysskin, Vinay Forrt, Samyuktha Viswanathan

Peminat filem India mempunyai pilihan menarik minggu ini menerusi I’m Game, filem aksi-thriller berbahasa Malayalam lakonan Dulquer Salmaan.

Filem arahan Nahas Hidhayath ini membawa penonton ke dalam dunia yang penuh risiko, pertaruhan dan jenayah apabila kehidupan watak utama mula berubah selepas terjebak dalam situasi yang tidak dijangka.

Dengan aksi yang menjadi antara fokus utama, I’m Game menggabungkan elemen jenayah dan thriller untuk menghasilkan sebuah perjalanan yang penuh bahaya serta kejutan.

Filem Mana Patut Ditonton Minggu Ini?

Dengan lapan judul baharu yang hadir, pilihan bergantung kepada genre yang diminati.

Bagi peminat thriller dan survival, Fall 2: Deadpoint menawarkan pengalaman yang menguji ketahanan di lokasi ekstrem. Peminat seram pula boleh memilih antara Cerita Lila dan Onslaught, dengan kedua-duanya menawarkan pendekatan yang berbeza terhadap genre tersebut.

Sementara itu, Tikus! menjadi pilihan untuk menyokong filem misteri tempatan, manakala Operasi Pesta Copet sesuai untuk penonton yang mahukan hiburan lebih santai dengan elemen komedi dan jenayah.

Bagi peminat filem India, I’m Game pula menawarkan peluang untuk menyaksikan Dulquer Salmaan dalam filem aksi-thriller berbahasa Malayalam.

Dengan pelbagai genre yang ditawarkan, minggu pertama September nampaknya tidak akan mengecewakan penonton yang mahu menghabiskan masa di pawagam.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Kung Fu Soccer & The End Of Oak Street Jadi Tumpuan 13-14 Ogos Ini

Farah

Terbang, The Fox King & Resident Evil, Berikut Adalah Filem Menarik Pada Minggu Ini (16-17 September)

Karim Khan

Filem Melayu Bakal Tayang Di Pawagam Tahun 2026, Ini Senarainya

Karim Khan

8 Filem Jenayah, Heist, Aksi Dan Bencana Menarik Untuk Ditonton Di Netflix

Karim Khan

Filem Lakonan Gal Gadot Dengan Rating Rendah Di Rotten Tomatoes

Karim Khan

Gentle Monster: Filem Léa Seydoux Bakal Tiba Di Netflix November Ini

Karim Khan

Leave a Comment