Kakimuvee

  • Streaming
    • DisneyPlus
    • Netflix
  • Berita
  • Berita Lokal
  • Official Trailer
  • Review Filem
  • Horror
  • Privacy Policy
  • About Us!
FacebookTwitterYoutube
Kakimuvee
Berita

Michelle Yeoh Bakal Terima Bintang ‘Hollywood Walk of Fame’ Rabu Depan

by adminFebruary 11, 2026February 11, 20260111
Share0
blank

Sejarah baharu bakal tercipta buat industri seni tanah air apabila sebutir lagi bintang kebanggaan Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, dijadualkan menerima bintang ke-2,836 di Hollywood Walk of Fame pada Rabu depan (18 Februari).

Majlis penganugerahan berprestij itu akan dilangsungkan di hadapan Teater Cina Grauman yang ikonik bagi menghargai sumbangan besar beliau dalam kategori Filem (Motion Pictures). Penerbit Walk of Fame, Ana Martinez, menyifatkan Yeoh sebagai seorang perintis yang mempunyai bakat luar biasa dan kerjaya yang melangkaui zaman.

“Bakat dan keanggunan Michelle telah meninggalkan kesan mendalam dalam industri hiburan. Bintang ini adalah penghormatan buat seorang ‘trailblazer’ yang sentiasa menjadi inspirasi kepada penonton di seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Acara tersebut akan dikendalikan oleh pengarah terkenal, Jon M. Chu (Crazy Rich Asians, Wicked) dan pembikin filem legenda, Ang Lee, yang pernah bekerjasama dengan Yeoh dalam karya agung Crouching Tiger, Hidden Dragon. Turut hadir sebagai penceramah jemputan ialah wartawan hiburan pemenang Anugerah Emmy, Jenelle Riley.

Michelle Yeoh sebelum ini telah melakar sejarah dunia apabila menjadi pelakon Asia pertama memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Everything Everywhere All At Once pada tahun 2023. Kejayaan tersebut turut disusuli dengan kemenangan di Golden Globe dan Screen Actors Guild (SAG).

Bintang yang memulakan kerjaya di Hong Kong ini juga terus aktif dalam naskhah blokbuster terbaharu seperti Wicked dan sekuelnya Wicked: For Good.

Peminat juga boleh menantikan kemunculan beliau dalam filem pendek Sandiwara arahan Sean Baker yang akan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-76, serta kepulangan beliau ke kancah filem berbahasa Mandarin menerusi Miss Rubik’s Cube yang dijangka menemui penonton pada 2026.

Artikel Berkaitan  Siri Mr. Terrific Dilaporkan Sedang Dibangunkan Oleh DC Studios

Sumber: CNA/ba

Michelle Yeoh
Share0
previous post
Warner Bros. Bakal Hidupkan Semula ‘The Mist’, Mike Flanagan Sah Kembali Adaptasi Karya Stephen King
next post
Astro Bawakan ‘Inspirasi SeeNI Award’ Sebagai Platform Pengiktirafan Buat Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana

Related posts

Isabela Merced Terajui Adaptasi Filem ‘The House of the Dead’ Arahan Paul W.S. Anderson

adminFebruary 6, 2026February 6, 2026

Treler Kedua ‘Spider-Man: Brand New Day’ Raih 590 Juta Tontonan, Kedua Terbesar Sepanjang Zaman

adminJune 27, 2026June 27, 2026

Vin Diesel Sahkan Penggambaran Fast & Furious 11 Akhirnya Bermula

adminJuly 4, 2026July 4, 2026

Leave a Comment Cancel Reply

Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment.

Popular Minggu Ini!

Review Filem Moana – Berbaloi Ditonton atau Lebih Baik Skip?

adminJuly 9, 2026July 9, 2026

Rupa-Rupanya Kabin Dalam The Evil Dead Benar-Benar Wujud, Kisahnya Lebih Seram Daripada...

adminJuly 9, 2026July 9, 2026

Treler ‘Godzilla Minus Zero’ Dilancarkan, Godzilla Kembali Mengganas dan New York Jadi...

adminJuly 9, 2026July 9, 2026

Byeon Woo Seok Sah Jadi Hero ‘Solo Leveling’, Rain dan Lee Sung...

adminJuly 9, 2026July 9, 2026

Tonton Trailer ‘Legend of the White Dragon,’ Filem Terakhir Ikon Power Rangers...

adminJuly 9, 2026July 9, 2026

Lagi Berita Menarik!

09
Jul
July 9, 2026

Review Filem Moana – Berbaloi Ditonton atau Lebih Baik Skip?

adminJuly 9, 2026July 9, 2026
09
Jul
July 9, 2026

Rupa-Rupanya Kabin Dalam The Evil Dead Benar-Benar Wujud, Kisahnya Lebih Seram Daripada...

adminJuly 9, 2026July 9, 2026
09
Jul
July 9, 2026

Treler ‘Godzilla Minus Zero’ Dilancarkan, Godzilla Kembali Mengganas dan New York Jadi...

adminJuly 9, 2026July 9, 2026
09
Jul
July 9, 2026

Byeon Woo Seok Sah Jadi Hero ‘Solo Leveling’, Rain dan Lee Sung...

adminJuly 9, 2026July 9, 2026
09
Jul
July 9, 2026

Tonton Trailer ‘Legend of the White Dragon,’ Filem Terakhir Ikon Power Rangers...

adminJuly 9, 2026July 9, 2026
08
Jul
July 8, 2026

[Review Filem] Evil Dead Burn: Keganasan Tanpa Henti Dalam Ansuran Terbaru Francais...

adminJuly 8, 2026July 8, 2026
Follow us
FacebookTwitterYoutube
@2026 - kakimuvee.com. All Right Reserved. Designed and Developed by PenciDesign
Kakimuvee
FacebookTwitterYoutube
  • Streaming
    • DisneyPlus
    • Netflix
  • Berita
  • Berita Lokal
  • Official Trailer
  • Review Filem
  • Horror
  • Privacy Policy
  • About Us!

Powered by
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by