Kakimuvee
HorrorOfficial Trailer

Trailer Baharu Godzilla Minus Zero Perlihatkan Kemusnahan Lebih Dahsyat

Toho telah melancarkan trailer kedua Godzilla Minus Zero, sekuel kepada filem popular Godzilla Minus One (2023), yang sekali lagi menyaksikan kemunculan raksasa ikonik itu untuk mengancam Jepun.

Berlatarbelakangkan tahun 1949, dua tahun selepas peristiwa filem pertama, Godzilla Minus Zero mengikuti keadaan Jepun yang sedang berusaha membangunkan semula negara selepas kemusnahan akibat Perang Dunia Kedua dan serangan Godzilla.

Ketika penduduknya mula menikmati kehidupan yang lebih aman selepas melalui pelbagai kesukaran, satu ancaman baharu muncul dan sekali lagi memusnahkan harapan mereka untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Sekuel ini menyaksikan Takashi Yamazaki kembali sebagai pengarah, penulis skrip dan penyelia kesan visual (VFX), selepas kejayaan beliau menerusi Godzilla Minus One.

Dua pelakon utama filem terdahulu, Ryunosuke Kamiki dan Minami Hamabe, turut kembali membawakan watak masing-masing.

Godzilla Minus Zero merupakan produksi Jepun pertama yang dihasilkan dengan format Filmed for IMAX. Penggambarannya dijalankan sepenuhnya di Jepun menggunakan kamera digital berdefinisi tinggi yang diperakui IMAX, dengan visual dan audio dioptimumkan khusus untuk tayangan di layar IMAX.

Godzilla Minus Zero dijadualkan menemui penonton di pawagam Malaysia bermula 5 November 2026.

Sumber: Bloody Disgusting.

Related posts

Trailer Akhir Clayface Masih Rahsiakan Rupa Penuhnya

Karim Khan

Surviving Hurricane Otis, Kisah Benar Bencana Acapulco Tayang Di Netflix 23 Oktober Ini

Karim Khan

Black Mirror Musim 8 Telah Memulakan Penggambaran

Karim Khan

Filem Ke-46 Doraemon Diumumkan, Bakal Tayang Musim Bunga 2027

Karim Khan

Treler Pertama ‘Nightborn’ Tampil Seram, Rupert Grint Berdepan Bayi Peminum Darah

Karim Khan

Christopher Nolan Kritik Pengkritik Filem Amatur, Dakwa Ramai Salah Faham Tentang Seni Penceritaan

Karim Khan

Leave a Comment