Kakimuvee
Asian

K-Pop: The Debut Bakal Membawa Penonton Menyelami Dunia Persaingan Industri K-Pop

Ji-young Yoo as “Lizzy” in K-POP: The Debut from Paramount Pictures.

Paramount Pictures dengan kerjasama HYBE Americas bakal membawakan sebuah filem berlatarbelakangkan industri muzik K-pop menerusi K-Pop: The Debut, yang dijadualkan menemui penonton di pawagam Malaysia pada 25 Februari 2027.

Diarahkan oleh Benson Lee, filem ini membawa penonton menyelami dunia persaingan industri K-pop menerusi perjalanan seorang gadis dalam mengejar impiannya untuk bergelar idola, di sebalik tekanan keluarga dan persaingan sengit daripada bakat-bakat seluruh dunia.

Antara tarikan utama filem ini adalah penggunaan muzik daripada barisan artis dan kumpulan popular seperti BTS, TWICE, aespa, ENHYPEN, IVE, CORTIS, ILLIT, KATSEYE, Jisoo dan LE SSERAFIM.

K-Pop: The Debut mengisahkan Lizzy Lee (Ji-young Yoo), seorang gadis Korea-Amerika yang selama ini menjalani kehidupan mengikut kehendak keluarganya. Namun, peluang menyertai sebuah pertandingan yang disiarkan ke seluruh dunia bagi membentuk kumpulan wanita K-pop baharu mendorongnya untuk ke Seoul, Korea Selatan, demi mengejar impian yang selama ini dirahsiakan daripada keluarganya.

Dengan hanya empat tempat ditawarkan, Lizzy perlu bersaing dengan peserta berbakat dari seluruh dunia, sekali gus menguji kemampuan dan ketahanan dirinya. Di tengah-tengah persaingan yang semakin sengit, kehadiran seorang individu yang tidak disangka-sangka (Eric Nam) membantunya membina keyakinan diri, menerima identitinya dan membuktikan bahawa dia layak untuk membuat debut di pentas dunia.

Selain mengetengahkan dunia K-pop, filem ini turut mengangkat tema pencarian identiti, keberanian mengejar impian dan konflik antara aspirasi peribadi dengan harapan keluarga.

Selain Ji-young Yoo dan Eric Nam, filem ini turut dibintangi Yoo Ji-tae, Tony Revolori, Gia Kim, Yim Si-wan, Ahin Lee, Aliyah Turner, Renata Vaca, Sung Jun, Kang Sora, Hyongchol Lee, Silia Kapsis, Shana Kim dan Park Jubi.

Skrip filem ini ditulis oleh Elyse Hollander bersama Eileen Shim, dengan Scott Braun, James H. Shin, Arthur Spector, Bryan Oh dan Joshua Davis bertindak selaku penerbit.

K-Pop: The Debut bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 25 Februari 2027.

Related posts

A Love Other Than Yours: Seo Kangjun & Ahn Eun-jin Bintangi Drama Romantik Baharu Prime Video

Karim Khan

Disney+ Umumkan Deadly Tag, Rancangan Survival Ekstrem Baharu Daripada Penerbit Bloody Game

Farah

Never Surrender Kuasai Carta Netflix Global, Raih 11 Juta Tontonan

Karim Khan

Shin Min Ah Tampil Anggun Dalam Poster Pertama Drama The Remarried Empress

Karim Khan

YOASOBI Bakal Gegarkan Stadium Nasional Singapura Pada Februari 2027

Farah

Rancangan Misteri Baharu ‘Murder Club: Liar’s Table’ Bakal Temui Penonton Di Disney+ 29 Julai Ini

Farah

Leave a Comment