Kakimuvee
HorrorOfficial Trailer

Trailer Fall 2: Deadpoint Tampilkan Cabaran Lebih Ekstrem Pada Ketinggian 5,000 Kaki

Fall 2

Trailer rasmi pertama untuk filem seram survival Fall 2: Deadpoint akhirnya didedahkan, membawa penonton ke lokasi baharu dengan barisan watak yang berbeza daripada filem asal.

Filem ini dibintangi Harriet Slater (Tarot), Arsema Thomas (Queen Charlotte: A Bridgerton Story) dan Tom Brittney (Greyhound). Ia diarahkan oleh pasangan pengarah Michael dan Peter Spierig (Predestination, Jigsaw), berdasarkan skrip tulisan Scott Mann, yang turut mengarahkan filem pertama, bersama Jonathan Frank.

Selepas kejayaan Fall yang mengeksploitasi ketakutan terhadap ketinggian, sekuel ini menjanjikan cabaran yang lebih berbahaya dan mendebarkan.

Fall 2: Deadpoint mengisahkan Jax yang masih trauma selepas kehilangan kakaknya, Hunter. Demi menghormati mendiang, Jax bersama rakan lama Hunter memulakan pendakian berbahaya ke Mount Kwan.

Namun, tragedi berlaku apabila runtuhan batu menyebabkan mereka terperangkap di atas laluan sempit pada ketinggian 5,000 kaki dari aras tanah. Dalam usaha untuk terus hidup, Jax bukan sahaja perlu berdepan ketakutan terhadap ketinggian, malah turut berhadapan pelbagai rahsia dan kejutan yang mengancam nyawa.

Fall 2: Deadpoint dijadualkan ditayangkan di pawagam pada 2 September 2026 dan menerima penarafan PG-13 kerana bahasa kasar, kandungan keganasan, imej berdarah serta unsur penyalahgunaan dadah.

Dalam perkembangan lain, Fall 3 turut telah menerima lampu hijau untuk diteruskan, dengan Scott Mann kembali menggalas tugas sebagai pengarah. Filem pertama Fall yang ditayangkan pada 2022 sebelum ini menjadi kejutan apabila berjaya meraih kutipan sekitar AS$18 juta di pawagam seluruh dunia.

TONTON OFFICIAL TRAILER DIBAWAH:

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Never After Dark: Filem Seram Jepun Dipuji Stephen King

Farah

Trailer Pertama Peluru Senja: The Ghost & the Gun Dilancarkan, Tayang Di Pawagam Malaysia Bermula 28 Ogos

Karim Khan

Robert Downey Jr. Yakin Avengers: Doomsday Mampu ‘Pulihkan’ Kepercayaan Peminat Terhadap MCU

Karim Khan

Prime Video Perbaharui Carrie Untuk Musim Kedua Selepas Menduduki Carta No. 1 Di Lebih 105 Negara

Karim Khan

Ridley Scott Bangunkan Filem Baharu Alien Bersama Penulis ‘Raised by Wolves’

Karim Khan

Insidious: Out Of The Further Bawa Ancaman Baharu Ke Pawagam 20 Ogos Ini

Karim Khan

Leave a Comment