Kakimuvee
Official Trailer

[TRAILER] Minions Kembali Lagi! ‘Minions & Monsters’, Bakal Rungkai Kisah Lucu Minions Menakluk Hollywood

L to R: Ed, James and Henry in Illumination’s Minions & Monsters, directed by Pierre Coffin.

Susulan kejayaan luar biasa filem Despicable Me 4 pada musim panas 2024, Illumination kini kembali mengembangkan empayar animasinya menerusi naskhah terbaharu yang lebih gamat, Minions & Monsters. Filem ini merupakan lembaran baharu dalam francais animasi global terbesar dalam sejarah, yang menjanjikan pengenalan karakter-karakter yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Minions & Monsters bakal membawa penonton menyelami sebuah kisah yang riuh dan tidak masuk akal tentang bagaimana sekumpulan Minions cuba menakluk Hollywood sehingga bergelar bintang filem terkenal.

Bagaimanapun, kegemilangan mereka tidak kekal lama apabila mereka kehilangan segala-galanya dan secara tidak sengaja melepaskan raksasa ke seluruh dunia. Kini, mereka perlu bersatu semula untuk menyelamatkan planet ini daripada huru-hara yang mereka cipta sendiri.

Lebih menarik lagi, filem ini mendapat sentuhan daripada calon Anugerah Akademi, Pierre Coffin, yang kembali memegang kerusi pengarah. Coffin, yang sebelum ini mengarahkan tiga filem pertama Despicable Me dan filem pertama Minions, juga merupakan individu di sebalik suara ikonik watak-watak kuning tersebut sejak kemunculan sulung mereka pada tahun 2010.

Skrip filem ini ditulis oleh Brian Lynch (The Secret Life of Pets) bersama Pierre Coffin, manakala pengasas merangkap CEO Illumination, Chris Meledandri, bertindak sebagai penerbit bersama Bill Ryan (The Super Mario Bros. Movie).

Dengan gabungan elemen komedi dan aksi bertemakan raksasa, Minions & Monsters dijangka akan menjadi fenomena global seterusnya bagi peminat animasi semua peringkat umur.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Tonton Trailer Dragon Ball Super: Beerus, Bakal Ditayangkan Oktober Ini

Karim Khan

Liam Neeson Jadi Buruan Polis Dalam Treler Rasmi The Mongoose

Karim Khan

Pewaris Susuk Kini Boleh Ditonton Secara Eksklusif Di Tonton Dengan Harga RM12

Karim Khan

Netflix Kongsi Treler Pertama Khas LEGO One Piece

Karim Khan

Slayground: A24 Lancar Teaser Pertama Filem Seram Yang Bertemakan Rumah Hantu

Karim Khan

Filem Ke-46 Doraemon Diumumkan, Bakal Tayang Musim Bunga 2027

Karim Khan

Leave a Comment