Kakimuvee

  • Streaming
    • DisneyPlus
    • Netflix
  • Privacy Policy
FacebookTwitterYoutube
Kakimuvee
Berita Lokal

‘Khadam’ Buktikan Kebangkitan Filem Seram Tempatan Dengan Mengutip RM2.6 Juta Dalam Tempoh 7 Hari

by adminJune 18, 2026June 18, 2026016
Share0

Gelombang filem tempatan nampaknya terus rancak mencatatkan dominasi di pawagam silih berganti. Terbaharu, naskhah seram Khadam pula membuktikan taringnya apabila secara rasmi berjaya melepasi angka kutipan pecah panggung sebanyak RM2.6 juta hanya dalam tempoh 7 hari tayangan di seluruh negara.

Kejayaan luar biasa ini menjadi isyarat jelas bahawa sokongan penonton terhadap karya sinema tempatan kini berada di fasa terbaik, sekaligus meneruskan momentum kegemilangan genre seram tanah air yang kian diterima puji oleh peminat filem arus perdana.

Menurut Shamyl Othman, pihak mereka amat terharu dan menyifatkan fenomena ini sebagai satu penghormatan daripada penonton, “Alhamdulillah, saya amat bersyukur melihat sambutan yang diberikan kepada Khadam. Kutipan melepasi RM2.6 juta ini bukan sekadar angka buat kami, tetapi membuktikan bahawa Khadam telah mendapat tempat di hati ramai penonton Malaysia. Melihat begitu ramai yang hadir ke pawagam, berkongsi pengalaman dan memperkatakan tentang filem ini memberikan makna yang sangat besar buat kami sebagai pembikin filem.”

“Khadam lahir daripada usaha ramai individu yang mencurahkan tenaga, masa dan hati mereka untuk menjadikan filem ini sebuah pengalaman yang bermakna. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh penonton yang telah membeli tiket, berkongsi pandangan dan menyokong filem ini sejak hari pertama. Kepada yang sudah menonton, terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Kepada yang belum, kami menantikan kehadiran anda di pawagam” tambah beliau.

Rata-rata penonton dan pengkritik filem memuji Khadam kerana berjaya menampilkan sisi seram yang segar, berbeza, dan tidak sekadar bersandarkan kepada elemen jumpscare murahan. Kekuatan naskhah ini turut disokong kuat oleh barisan pelakon mantap seperti Aghniny Haque, Datuk Remy Ishak, Siti Khadijah Halim, Jun Lojong serta pelakon cilik Zarra Zhaf dan Karl El yang memberikan persembahan cukup bertenaga dan berkesan.

Selain itu, Khadam, berita baik untuk warga Pantai Timur kerana ini peluang anda untuk bertemu lebih dekat dengan barisan pelakon apabila mereka akan hadir ke Kuantan menerusi siri promosi khas bermula Sabtu ini, seiring dengan promosi yang sedang rancak dan sambutan peminat di seluruh negara. 

Sebagai tanda penghargaan atas sokongan luar biasa peminat, barisan pelakon Khadam iaitu Datuk Remy Ishak, Siti Khadijah Halim dan Jun Lojong bersama tenaga produksi akan turun padang menjayakan Siri Jelajah Pantai Timur pada Sabtu, 20 Jun 2026 bertempat di Kuantan, Pahang, di mana para peminat berpeluang beramah mesra serta menonton bersama di dua lokasi tumpuan berikut: 

  • GSC East Coast Mall (Waktu Tayangan: 1:00 PM)
  • GSC Kuantan City Mall (Waktu Tayangan: 8:45 PM)

Tunggu apa lagi? Dapatkan tiket anda sekarang dan temui barisan pelakon kegemaran anda. Teruskan menyokong serta kongsikan pandangan atau pengalaman anda dengan menggunakan tanda pagar #Khadam dan #JanganSampaiJadiTuan. Untuk perkembangan terkini, kandungan eksklusif serta pelbagai aktiviti menarik berkaitan filem ini, ikuti platform media sosial rasmi Primeworks Studios dan Khadam The Movie. 

Filem LocalFilem SeramKhadam
Share0
previous post
Musim Kedua Avatar: The Last Airbender Bakal Ditayangkan 25 Jun di Netflix
next post
Peter Parker Kembali Dalam Treler Baharu Spider-Man: Brand New Day, Tayang Julai Ini
admin

Related posts

Astro Bawakan ‘Inspirasi SeeNI Award’ Sebagai Platform Pengiktirafan Buat Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana

adminFebruary 11, 2026February 11, 2026

Astro Kini Tawarkan Promosi Hebat Dengan 8 Aplikasi Penstriman Popular Dalam Satu Pek Mudah

adminFebruary 11, 2026February 11, 2026

Papa Zola The Movie Kukuhkan Dominasi Serantau dengan 4.4 Juta Penonton dan RM68.2 Juta Kutipan

adminFebruary 13, 2026February 13, 2026

Leave a Comment Cancel Reply

Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment.

Popular Minggu Ini!

Jim Carrey Dilapor Kembali Sebagai The Grinch, Sekuel Baharu Sedang Dalam Pembangunan

adminJune 19, 2026June 19, 2026

Misteri Kehilangan Isteri Jadi Tumpuan Dalam Thriller Korea Baharu The Husband Di...

adminJune 19, 2026June 19, 2026

Peter Parker Kembali Dalam Treler Baharu Spider-Man: Brand New Day, Tayang Julai...

adminJune 19, 2026June 19, 2026

Musim Kedua Avatar: The Last Airbender Bakal Ditayangkan 25 Jun di Netflix

adminApril 6, 2026April 6, 2026

Filem Aksi Jenayah Mandarin Dinanti Ramai, Cold War 1994, Sah Ditayangkan di...

adminApril 6, 2026April 6, 2026

Lagi Berita Menarik!

19
Jun
June 19, 2026

Jim Carrey Dilapor Kembali Sebagai The Grinch, Sekuel Baharu Sedang Dalam Pembangunan

adminJune 19, 2026June 19, 2026
19
Jun
June 19, 2026

Misteri Kehilangan Isteri Jadi Tumpuan Dalam Thriller Korea Baharu The Husband Di...

adminJune 19, 2026June 19, 2026
19
Jun
June 19, 2026

Peter Parker Kembali Dalam Treler Baharu Spider-Man: Brand New Day, Tayang Julai...

adminJune 19, 2026June 19, 2026
06
Apr
April 6, 2026

Musim Kedua Avatar: The Last Airbender Bakal Ditayangkan 25 Jun di Netflix

adminApril 6, 2026April 6, 2026
06
Apr
April 6, 2026

Filem Aksi Jenayah Mandarin Dinanti Ramai, Cold War 1994, Sah Ditayangkan di...

adminApril 6, 2026April 6, 2026
26
Feb
February 26, 2026

Ulasan Filem Crime 101: Pertembungan Karismatik Hemsworth-Ruffalo dalam Atmosfera Noir yang Mendebarkan

adminFebruary 26, 2026February 26, 2026
Follow us
FacebookTwitterYoutube
@2026 - kakimuvee.com. All Right Reserved. Designed and Developed by PenciDesign
Kakimuvee
FacebookTwitterYoutube
  • Streaming
    • DisneyPlus
    • Netflix
  • Privacy Policy

Powered by
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by