Kakimuvee
HBO MaxOfficial TrailerStreamingSuperhero / Live-Action / Comic

HBO Dan DC Studios Lancar Treler Baharu Siri Lanterns Di San Diego Comic-Con

Lanterns official trailer

HBO dan DC Studios secara rasmi melancarkan treler baharu untuk siri drama Lanterns ketika berlangsungnya San Diego Comic-Con, sekali gus memberikan gambaran lebih jelas mengenai siri yang dinanti-nantikan itu.

Siri sci-fi misteri sebanyak lapan episod ini dibintangi Kyle Chandler sebagai Green Lantern veteran, Hal Jordan, bersama Aaron Pierre yang membawa watak John Stewart, rekrut baharu yang bakal menjadi rakan sepasukannya.

Dicipta oleh Tom King, Damon Lindelof dan showrunner Chris Mundy, Lanterns mengisahkan Hal Jordan dan John Stewart, dua pengaman antara galaksi yang dihantar ke sebuah kawasan luar bandar di Nebraska untuk menyiasat satu kes pembunuhan misteri yang mempunyai kaitan dengan makhluk asing Manhunters yang berupaya berubah bentuk.

Treler terbaharu itu turut memperlihatkan penampilan pertama Ulrich Thomsen sebagai Sinestro, bekas mentor Hal Jordan yang kini menjadi musuh utamanya. Selain itu, treler berkenaan turut menampilkan kemunculan istimewa Nathan Fillion yang mengulangi wataknya sebagai Guy Gardner.

Siri ini diterbitkan oleh James Gunn dan Peter Safran selaku Ketua Pegawai Eksekutif Bersama DC Studios bersama barisan penerbit eksekutif lain. Turut membintangi Lanterns ialah Kelly Macdonald, Laura Linney, Paula Patton, Garret Dillahunt, Poorna Jagannathan, Nicole Ari Parker, Jason Ritter, Sherman Augustus dan Paul Ben-Victor.

Lanterns dijadualkan membuat tayangan perdana global di HBO pada 16 Ogos ini.

Sumber: Hypebeast

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Artikel Berkaitan:  Operation Safed Sagar Paparkan Kisah Sebenar Misi Bersejarah Tentera Udara India Di Netflix Bermula 7 Ogos

Related posts

Infinity Gauntlet Dengan Batu Permata Sebenar Bernilai AS$25 Juta Bakal Dilelong Disember Ini

Karim Khan

DISNEY+ BAWAKAN RANCANGAN KOMEDI JEPUN BAHARU THE ONE SHOT BERMULA 12 OGOS

Karim Khan

Wau Animation Bangunkan Siri Animasi Bola Sepak Gelecek

Karim Khan

Pencipta Deadpool Ulas Khabar Angin Kepulangan Josh Brolin Sebagai Cable

Karim Khan

Priyanka Chopra Tampil Sebagai Mandakini Dalam Pandang Pertama Filem Varanasi

Farah

Siapa Nathaniel Milbury Dalam X-Men? Kenali Watak Lakonan Adam Driver Ini

Karim Khan

Leave a Comment