Kakimuvee
HorrorOfficial Trailer

Treler Rasmi Onslaught Sahkan Berkongsi Universe Dengan The Guest

Onslaught cover

A24 telah melancarkan treler rasmi Onslaught, filem aksi seram terbaharu arahan Adam Wingard (You’re Next, The Guest), yang turut mengesahkan naskhah itu berkongsi dunia yang sama dengan filem kultus The Guest.

Treler yang diperlihatkan menampilkan tiga pembunuh bertopeng yang digambarkan sebagai “peluru berpandu pencari haba dalam tubuh manusia”, sekali gus memberikan gambaran aksi ganas dan penuh debaran yang bakal disajikan kepada penonton.

Lebih menarik, ketiga-tiga individu tersebut merupakan sebahagian daripada program rahsia yang sama seperti diperkenalkan menerusi watak David dalam The Guest.

Menurut Wingard, Onslaught boleh dianggap sebagai pelengkap kepada trilogi tidak rasmi yang turut merangkumi You’re Next dan The Guest.

“Saya melihat filem ini sebagai penutup kepada trilogi antara The Guest dan You’re Next. Ia bukanlah sekuel secara langsung kerana tidak meneruskan kisah watak-watak terdahulu, tetapi ia berlaku di bandar yang sama seperti The Guest. Program-program rahsia yang dipaparkan dalam filem ini merupakan sebahagian daripada eksperimen yang sama seperti asal-usul watak David dalam The Guest,” katanya.

Wingard turut mengakui bahawa Onslaught secara teknikalnya boleh dianggap sebagai sekuel kerana berkongsi latar dunia yang sama.

“Ia berlaku dalam universe yang sama.”

Onslaught bakal ditayangkan di pawagam bermula 4 September ini dan menerima klasifikasi R di Amerika Syarikat atas kandungan keganasan berdarah yang kuat, elemen gore, kandungan seksual serta bahasa kasar.

Filem ini menyatukan semula Wingard dengan penulis Simon Barrett, gandingan yang sebelum ini menghasilkan The Guest. Pelakon Adria Arjona menerajui barisan pelakon sebagai watak utama.

Menurut sinopsis rasmi, Onslaught mengisahkan sekumpulan askar super yang diubah suai secara genetik berjaya meloloskan diri di kawasan gurun. Dalam usaha melindungi anak perempuannya, seorang penembak tepat tentera terpaksa menggunakan segala kemahirannya untuk menumpaskan ancaman tersebut.

Selain Adria Arjona, filem ini turut dibintangi Rebecca Hall, Dan Stevens, Michael Biehn, Reginald VelJohnson, Eric Wareheim, Drew Starkey dan atlet UFC, Alex “Poatan” Pereira.

Untuk rekod, Dan Stevens sebelum ini membintangi The Guest (2014) bersama Maika Monroe sebagai David, bekas anggota tentera misteri yang membawa huru-hara ke sebuah pekan kecil.

Sumber: Bloody Disgusting

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Facing El Chapo: Filem Jenayah Netflix Mengenai Pertemuan Dengan Penjenayah Paling Dikehendaki

Karim Khan

Fenomena YouTube The Mandela Catalogue Bakal Diadaptasi Ke Layar Perak Oleh Steven Spielberg & Amazon MGM

Karim Khan

Pendulum: Filem Seram Terbaharu Lakonan Joseph Gordon-Levitt Kini Dedah Teaser

Karim Khan

Trailer Other Mommy Tampilkan Jessica Chastain Dalam Dua Watak

Karim Khan

tvN Lancar Teaser Pertama 100 Days of Deception, Kim You Jung Jadi Perisik Zaman Penjajahan Jepun

Karim Khan

Other Mommy Mengandungi 50 Jump Scare?

Karim Khan

Leave a Comment