Kakimuvee
BeritaOfficial Trailer

Trailer Pertama Jumanji: Open World, Watak Permainan Kini Menyerang Dunia Sebenar

Jumanji The Rock, Jack Black

Selepas tujuh tahun menyepi, francais Jumanji terbitan Sony Pictures akhirnya kembali ke layar perak menerusi filem baharu berjudul Jumanji: Open World. Filem yang bakal ditayangkan pada Hari Krismas ini turut melancarkan trailer pertamanya, sekali gus memberi gambaran tentang pengembaraan yang lebih besar dan berbahaya.

Di penghujung Jumanji: The Next Level (2019), penonton dikejutkan apabila pelbagai makhluk dari dunia permainan video Jumanji berjaya menembusi dunia sebenar. Namun, trailer terbaharu mendedahkan bahawa bukan haiwan liar sahaja yang terlepas keluar.

Empat avatar permainan ikonik lakonan Dwayne Johnson, Jack Black, Kevin Hart dan Karen Gillan turut muncul di dunia nyata. Menariknya, tanpa pemain yang mengawal mereka, keempat-empat watak tersebut kelihatan seperti terperangkap dalam “demo mode”, sekali gus mencetuskan pelbagai situasi lucu dan huru-hara.

Berbeza dengan dua filem reboot terdahulu, Jumanji: Open World dilihat kembali kepada konsep asal filem Jumanji (1995) lakonan Robin Williams. Dalam filem klasik itu, dua beradik menemui permainan papan ajaib yang melepaskan pelbagai haiwan liar ke bandar kecil mereka sehingga permainan tersebut berjaya ditamatkan.

Francais Jumanji terbukti masih mempunyai tarikan luar biasa apabila Jumanji: Welcome to the Jungle (2017) meraih kutipan global sebanyak AS$962 juta, sebelum sekuelnya, Jumanji: The Next Level, mengutip AS$801.6 juta di seluruh dunia.

Kali ini, Jumanji: Open World bakal berdepan persaingan sengit di pawagam apabila ditayangkan pada Hari Krismas, hanya seminggu selepas tayangan dua filem blockbuster iaitu Avengers: Doomsday daripada Marvel Studios dan Dune: Part Three terbitan Warner Bros./Legendary.

Walaupun berdepan saingan hebat, Sony pastinya berharap filem terbaharu ini mampu mengulangi kejayaan luar biasa yang pernah dicapai oleh dua filem sebelumnya.

Jumanji: Open World akan mula ditayangkan di pawagam pada 25 Disember ini.

Sumber: The Wrap

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

‘Avatar Aang: The Last Airbender’ Kembali Dengan Pengembaraan Baharu, Tonton Trailer Rasmi

Karim Khan

Surviving Hurricane Otis, Kisah Benar Bencana Acapulco Tayang Di Netflix 23 Oktober Ini

Karim Khan

Tonton Trailer Berdarah & Misteri “Her Private Hell” Lakonan Sophie Thatcher

Karim Khan

Trailer The Hunger Games: Sunrise On The Reaping Memperlihatkan Aksi 50th Hunger Games

Karim Khan

Paul Walker Mungkin Kembali Dalam Fast Forever, Namun Boleh Cetus Kontroversi

Karim Khan

[VIDEO] Russo Brothers Dedah Sebab Jangan ‘Skip’ Avengers: Endgame: Encore

Karim Khan

Leave a Comment