Kakimuvee
BeritaSuperhero / Live-Action / Comic

Kit Connor Dilapor Dipilih Sebagai Cyclops Dalam Reboot X-Men MCU

Kit Connor sebagai Cyclops dalam filem reboot X-Men

Marvel Studios dilaporkan telah menemui pelakon untuk membawa watak Scott Summers, atau lebih dikenali sebagai Cyclops, dalam filem baharu X-Men.

Menurut laporan Deadline, Kit Connor kini menjadi pilihan utama studio untuk memegang watak ikonik tersebut. Sebelum ini, Deadline turut melaporkan bahawa Samara Weaving sedang dalam rundingan untuk membawakan watak Emma Frost.

Difahamkan, pengarah Jake Schreier bersama Presiden Marvel Studios, Kevin Feige, telah bertemu dengan beberapa calon sebelum akhirnya memilih Connor pada minggu lalu.

Proses pemilihan pelakon untuk barisan mutan baharu ini menjadi antara fokus utama Marvel Studios sepanjang beberapa bulan lalu.

Selepas beberapa sesi uji bakat dan pertemuan, sekumpulan kecil pelakon dilaporkan menjalani ujian akhir sejurus selepas cuti Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat pada 4 Julai.

Dalam komik, Scott Summers merupakan salah seorang ahli asal X-Men yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 1963 menerusi komik The X-Men hasil ciptaan Stan Lee dan Jack Kirby.

Watak itu sering digambarkan sebagai ketua pasukan mutan dengan kebolehan melepaskan pancaran tenaga yang sangat kuat melalui matanya, yang hanya dapat dikawal menggunakan visor khas atau cermin mata berwarna ruby quartz.

Sebelum ini, watak Cyclops pernah dibawakan oleh James Marsden dalam trilogi asal X-Men pada era 2000-an, sebelum Tye Sheridan mengambil alih watak tersebut dalam siri filem X-Men generasi baharu.

Marsden juga telah disahkan akan kembali sebagai Cyclops menerusi Avengers: Doomsday, yang dijadualkan menemui penonton pada Disember ini.

Pembangunan reboot X-Men semakin rancak sejak Jake Schreier diumumkan sebagai pengarah. Marvel Studios turut mendapatkan khidmat pencipta Beef, Lee Sung Jin, serta pencipta bersama The Bear, Joanna Calo, untuk menulis skrip filem tersebut.

Artikel Berkaitan:  Florence Pugh Dedah Tom Holland Punca Dia Dapat Sertai Spider-Man: Brand New Day

Kit Connor pula semakin menyerlah sejak membintangi siri popular Netflix Heartstopper, sebelum kembali menghidupkan wataknya menerusi filem susulan Heartstopper Forever.

Kariernya terus berkembang apabila dipilih oleh pengarah Alex Garland untuk membintangi filem perang Warfare terbitan A24 serta adaptasi permainan video Elden Ring.

Walaupun Marvel Studios masih belum membuat pengumuman rasmi, laporan ini memberi bayangan bahawa barisan pelakon reboot X-Men kini semakin lengkap dan pengumuman rasmi dijangka hanya menunggu masa.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

“Steve Rogers Sangat Dekat Di Hati Saya” – Chris Evans

Karim Khan

Scarlett Johansson Jadi Poison Ivy Dalam The Batman: Part II?

Karim Khan

The Legend Of Zelda Jadi Filem Terakhir Sam Neill

Karim Khan

Toy Story 5 Raih Lebih AS$1 Bilion, Jadi Filem Terlaris 2026

Karim Khan

Prime Video Kongsi Pandangan Pertama Siri ‘Carrie’, Adaptasi Baharu Karya Ikonik Stephen King

Karim Khan

Penulis Ghost Rider Mahu Filem Baru MCU Tampil Dengan Elemen Seram R-Rated

Karim Khan

Leave a Comment