Kakimuvee
AsianHorror

Poster Watak Hope Dedahkan Petunjuk Misteri Makhluk Aneh

Gambar filem Hope

Filem sci-fi thriller Hope arahan pengarah The Wailing, Na Hong-jin, akhirnya memberikan sedikit petunjuk mengenai misteri makhluk asing yang menjadi ancaman utama dalam filem tersebut.

Menariknya, beberapa poster watak terbaharu yang diterbitkan di Korea Selatan turut menampilkan pelakon seperti Hwang Jung-min, Zo In-sung, Hoyeon dan Eum Moon-suk bersama makhluk misteri.

Perkara itu mencetuskan persoalan kerana barisan pelakon antarabangsa Hope seperti Taylor Russell (Bones and All), Cameron Britton (The Umbrella Academy), Alicia Vikander (Ex Machina) dan Michael Fassbender (Prometheus) sebelum ini hampir tidak kelihatan dalam bahan promosi filem tersebut.

Kini, poster-poster baharu berkenaan mungkin memberikan jawapan kepada persoalan tersebut.

Hope mengisahkan kejadian aneh yang berlaku di sebuah perkampungan terpencil di Korea Selatan bernama Hope Harbor. Ketua polis Bum-seok dan pegawai Sung-ae ditugaskan untuk menyiasat kemunculan makhluk misteri yang telah menyebabkan kekacauan di kampung berkenaan.

Dalam masa yang sama, sekumpulan pemburu termasuk Sung-ki memasuki hutan berhampiran untuk menjejaki makhluk tersebut. Namun, keadaan bertukar apabila mereka pula menjadi sasaran buruan.

Apa yang berlaku sebenarnya jauh lebih rumit daripada yang disangka. Salah faham dan konflik antara manusia akhirnya mencetuskan rangkaian peristiwa yang membawa kepada tragedi berskala kosmik.

Poster watak terbaharu itu menampilkan setiap watak utama bersama makhluk dari dunia lain. Jika diperhatikan dengan lebih dekat, rupa makhluk-makhluk tersebut seakan mempunyai kaitan dengan barisan pelakon antarabangsa yang sebelum ini tidak banyak ditonjolkan dalam kempen promosi Hope.

Walaupun belum dapat dipastikan bagaimana hubungan tersebut berkait dengan jalan cerita, poster berkenaan setakat ini memberikan gambaran paling jelas mengenai reka bentuk makhluk yang bakal muncul dalam filem tersebut.

Hope telah membuat tayangan perdana dunia di Festival Filem Cannes pada Mei lalu. Pengarah festival berkenaan, Thierry Frémaux, sebelum ini menggambarkan filem tersebut sebagai sebuah karya yang sentiasa berubah genre, selain mengetengahkan kisah yang belum pernah diceritakan sebelum ini.

Filem arahan Na Hong-jin ini dibintangi Hwang Jung-min, Zo In-sung, Hoyeon, Eum Moon-suk, Taylor Russell, Cameron Britton, Alicia Vikander dan Michael Fassbender.

Hope akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 10 September 2026.

Sebelum ini, Hope mencuri perhatian di Korea Selatan selepas mencatat prestasi memberangsangkan di box office negara tersebut pada musim panas ini.

Anda boleh tonton trailer filem Hopedisini

Poster karater filem Hope 2026

Poster karater filem Hope 2026

Poster karater filem Hope 2026

Poster karater filem Hope 2026

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Filem Seram Psikologi ‘The Eyes’ Lakonan Shin Min-ah, Akan Tayang Di Pawagam Malaysia 23 Julai Ini

Karim Khan

Lee Hong Nae Dalam Perbincangan Sertai Adaptasi Aksi Nyata Solo Leveling

Karim Khan

Insidious: Out of the Further Perkenalkan Cyrus, Entiti Jahat Baharu Dalam Dunia The Further

Karim Khan

Filem Jangan Buang Ibu: Sinopsis, Barisan Pelakon dan Tarikh Tayangan Malaysia

Karim Khan

Pelangi Di Mars: Saksikan Trailer Rasmi, Tayang Di Pawagam Malaysia 3 September Ini

Farah

Trailer Below: Josh Hartnett Berdepan Makhluk Laut Misteri Dalam Siri Seram Netflix

Karim Khan

Leave a Comment