Kakimuvee
AsianBerita

Filem Sci-Fi Epik ‘HOPE’ Arahan Na Hong-jin Ke Pawagam Malaysia 10 September Ini

Filem Hope, tayang di malaysia pada 10 September ini

PETALING JAYA, 4 Ogos – Sesuatu telah tiba, dan tiada apa yang akan kekal sama lagi. Salah satu filem Korea Selatan yang paling dinantikan tahun ini, HOPE, bakal menemui penonton di pawagam Malaysia bermula 10 September 2026.

Diarahkan oleh Na Hong-jin, pengarah tersohor di sebalik The Wailing, The Yellow Sea dan The Chaser, filem sci-fi thriller raksasa ini menandakan kemunculan semulanya ke layar perak selepas hampir sedekad.

Dihasilkan sebagai sebuah pengalaman sinematik berskala besar, HOPE akan ditayangkan di Malaysia dalam format 2D, IMAX, 4DX dan ScreenX.

Beberapa pawagam terpilih turut menawarkan tayangan Dolby Atmos dan D-BOX pada waktu tertentu, memberikan penonton pengalaman yang lebih mengasyikkan menerusi visual berskala epik, aksi mendebarkan serta pertemuan dengan makhluk yang tidak diketahui asal-usulnya.

Berlatarbelakangkan perkampungan pesisir pantai terpencil Hope Harbor, filem ini mengikuti Ketua Polis Bum-seok (Hwang Jung-min) dan pegawai polis Sung-ae (Hoyeon) yang menyiasat beberapa kejadian gangguan misteri serta serangan ganas terhadap haiwan ternakan.

Pada mulanya, insiden tersebut disangka berpunca daripada serangan haiwan liar. Namun, siasatan mereka akhirnya membawa kepada penemuan sesuatu yang jauh lebih mengerikan.

Ketika penduduk kampung cuba memburu makhluk misteri itu, keadaan semakin sukar dikawal. Apa yang bermula sebagai insiden terpencil di sebuah kampung kecil akhirnya berkembang menjadi perjuangan hidup dan mati menentang kuasa yang tidak dikenali, sebelum bertukar menjadi malapetaka berskala kosmik.

TONTON TRAILER DISINI:

HOPE menampilkan gabungan pelakon Korea dan antarabangsa yang hebat, termasuk Hwang Jung-min (The Wailing, Veteran), Zo In-sung (Smugglers, Escape from Mogadishu) serta Hoyeon yang meraih populariti global menerusi Squid Game.

Turut membintangi filem ini ialah Michael Fassbender, Alicia Vikander, Taylor Russell dan Cameron Britton.

Artikel Berkaitan:  Doctor X: Mafia in White Lancar Trailer, Tayang Oktober Di Netflix

Produksi berskala besar ini turut mencuri perhatian di peringkat antarabangsa apabila HOPE dipilih bertanding dalam kategori Official Competition di Festival Filem Cannes Ke-79, sekali gus menjadi filem pertama arahan Na Hong-jin yang bersaing merebut anugerah Palme d’Or.

Sebelum tayangan rasminya, HOPE turut mencipta rekod baharu bagi jualan hak pengedaran antarabangsa untuk filem Korea apabila berjaya diedarkan ke lebih 200 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Sejak ditayangkan di Korea Selatan pada 15 Julai lalu, HOPE terus mencatat prestasi memberangsangkan apabila menduduki tangga pertama carta kutipan dengan kira-kira 334,000 penonton pada hari pertama tayangan, sekali gus menjadi pembukaan terbesar bagi mana-mana filem yang ditayangkan di Korea Selatan pada tahun ini.

Filem tersebut kemudiannya melepasi 3 juta jumlah penonton dan terus menguasai carta box office hujung minggu Korea Selatan, sekali gus meningkatkan lagi keterujaan menjelang tayangan antarabangsanya.

Daripada serangan makhluk misteri sehinggalah ancaman yang mampu menggugat seluruh dunia, HOPE mengubah sebuah perkampungan terpencil menjadi titik permulaan kepada bencana kosmik yang tidak pernah dibayangkan.

Maklumat lanjut mengenai jualan tiket awal, senarai pawagam yang mengambil bahagian serta tayangan format khas akan diumumkan dalam masa terdekat.

Filem Hope, tayang di malaysia pada 10 September ini
SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

D23 Asia Bakal Berlangsung Di Singapura Pada Jun 2027

Karim Khan

Trailer ‘Hope’ Tampil Mendebarkan, Filem Sci-Fi Thriller Na Hong-jin Dibintangi Michael Fassbender & Alicia Vikander

Karim Khan

Khong-Khaek 2 Bakal Menghantui Pawagam Malaysia 24 September Ini

Farah

‘Agent Kim Reactivated’ Dinobat Drama Korea Paling Popular Julai 2026

Karim Khan

Indonesia Remake Drama Descendants Of The Sun, Akan Ditayangkan Pada 2027

Karim Khan

Trailer ‘The Odyssey’ Terima Jumlah ‘Dislike’ Kedua Tertinggi Sejak Trailer ‘Snow White’

Karim Khan

Leave a Comment