Kakimuvee
Berita Lokal

Gerak Khas 2.0 Tampil Lebih Besar, Yusof Haslam Tegaskan Kejayaan Kerana Sokongan Penonton

Selepas lima tahun menyepi, Gerak Khas kembali dengan musim baharu, Gerak Khas 2.0, yang tampil lebih moden menerusi kerjasama Sarawak Media Group (SMG) dan Skop Productions.

Namun, di sebalik kepulangan drama kepolisan ikonik itu, pengarah dan penerbit Yusof Haslam menafikan dakwaan bahawa francais tersebut terus bertahan kerana faktor “kabel” atau hubungan istimewa dengan stesen televisyen.

Memetik laporan Suaramerdeka Malaysia dan Gempak, Yusof menegaskan kejayaan Gerak Khas selama lebih dua dekad adalah hasil sokongan penonton, bukan layanan istimewa daripada mana-mana penyiar.

“Saya ucapkan terima kasih kepada TVS atas kepercayaan diberikan, tetapi bukan sebab kabel. Awak ingat TVS itu bapa saya punya?” katanya ketika majlis tayangan perdana Gerak Khas 2.0.

Yusof turut mengakui beliau pada awalnya berbelah bahagi untuk menghidupkan semula siri itu selepas lima tahun berehat, namun menerima tawaran tersebut kerana minatnya terhadap genre kepolisan masih menebal.

Gerak Khas 2.0 menampilkan semula pelakon lama seperti Hans Isaac dan Erra Fazira, selain memperkenalkan barisan pelakon baharu. Musim terbaharu ini mengisahkan misi Unit Gerak Khas menumpaskan sindiket jenayah berteknologi tinggi, Black Hydra, dalam penceritaan yang lebih sinematik dan berskala besar.

Siri ini akan mula bersiaran pada 3 Julai 2026 menerusi TVS dan aplikasi TVS Inspire.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Astro Perluas Kerjasama Dengan Disney+, Lebih Banyak Filem Marvel, Star Wars & Kandungan Tempatan Ditawarkan

Karim Khan

Chelot Catat RM16 Juta Selepas 18 Hari Tayangan

Karim Khan

CHELOT Tampilkan Letupan Sebenar Tanpa CGI, Janjikan Aksi Lebih Realistik Di Pawagam

Farah

Karya Bajet Ciput, Kualiti Antarabangsa: Filem Bisu Tempatan ‘LIFE – Living In Fear Everyday’ Harumkan Nama Malaysia!

Karim Khan

‘Jerat’ Janji Pengalaman Seram Berbeza, Angkat Misteri Vila Lama Sebagai Teras Cerita

Karim Khan

Filem Jangkar Perkenal Poster Baharu, Angkat Tragedi Berdarah 1972 Ke Layar Perak

Karim Khan

Leave a Comment