Kakimuvee
Berita

Project Hail Mary Dinobatkan Filem Terbaik di Astra Midseason Awards 2026

Separuh pertama tahun 2026 menyaksikan pelbagai filem mencuri perhatian penonton dan pengkritik, dan kini keputusan Astra Midseason Awards 2026 telah diumumkan bagi meraikan karya-karya terbaik yang ditayangkan setakat pertengahan tahun.

Anugerah yang dianjurkan oleh Hollywood Creative Alliance itu menghimpunkan undian daripada penggiat industri termasuk pelakon, pengarah, penulis, penerbit, pengkritik, wartawan serta profesional kreatif lain.

Filem sci-fi Project Hail Mary muncul sebagai pemenang terbesar apabila dinobatkan sebagai Filem Terbaik, selain turut meraih anugerah Pengarah Terbaik buat duo Phil Lord dan Chris Miller serta menyaksikan Ryan Gosling muncul naib juara bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik.

Sementara itu, filem seram Obsession turut mencipta kejayaan apabila memenangi kategori Filem Seram Terbaik. Pelakon utamanya, Inde Navarrette, turut membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik, manakala pengarah Curry Barker dipilih sebagai naib juara kategori Pengarah Terbaik.

Biopik Michael turut menerima pengiktirafan menerusi kemenangan Jaafar Jackson sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, sementara Colman Domingo memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Bagi kategori Filem Paling Dinanti untuk Separuh Kedua 2026, karya epik arahan Christopher Nolan, The Odyssey, berjaya mengatasi Avengers: Doomsday untuk menduduki tempat pertama.

Senarai Pemenang Astra Midseason Awards 2026

Filem Terbaik

  • Pemenang: Project Hail Mary
  • Naib Juara: The Invite

Pelakon Wanita Terbaik

  • Pemenang: Inde Navarrette (Obsession)
  • Naib Juara: Emily Blunt (Disclosure Day)

Pelakon Lelaki Terbaik

  • Pemenang: Jaafar Jackson (Michael)
  • Naib Juara: Ryan Gosling (Project Hail Mary)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

  • Pemenang: Penélope Cruz (The Invite)
  • Naib Juara: Sandra Hüller (Project Hail Mary)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

  • Pemenang: Colman Domingo (Michael)
  • Naib Juara: Edward Norton (The Invite)

Lakon Layar Terbaik

  • Pemenang: The Invite – Rashida Jones & Will McCormack
  • Naib Juara: Obsession – Curry Barker
Artikel Berkaitan:  Kutipan Obsession Cecah Ratusan Juta, Berapakah Gaji Yang Diterima Inde Navarrette?

Pengarah Terbaik

  • Pemenang: Phil Lord & Chris Miller (Project Hail Mary)
  • Naib Juara: Curry Barker (Obsession)

Filem Seram Terbaik

  • Pemenang: Obsession
  • Naib Juara: Backrooms

Filem Indie Terbaik

  • Pemenang: Leviticus
  • Naib Juara: Tuner

Aksi Lagak Ngeri Terbaik

  • Pemenang: The Furious
  • Naib Juara: Mortal Kombat II

Filem Paling Dinanti (Separuh Kedua 2026)

  • Pemenang: The Odyssey
  • Naib Juara: Avengers: Doomsday

Sumber: Goldderby

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Disney Dilapor Mahu Macaulay Culkin Kembali Dalam Home Alone

Karim Khan

Insidious: Out of the Further Perkenalkan Cyrus, Entiti Jahat Baharu Dalam Dunia The Further

Karim Khan

Michelle Yeoh Jalani Latihan Seperti Pakar Bedah Sebenar Untuk Filem The Surgeon

Farah

Sylvester Stallone Anggap Fizikal Pelakon Superhero Sukar Dicapai Secara Natural

Karim Khan

Remake Possession Tambah Tiga Lagi Pelakon, Penggambaran Kini Sedang Berjalan

Karim Khan

Sylvester Stallone Tolak Jawatan Duta Hollywood Yang Ditawarkan Donald Trump

Karim Khan

Leave a Comment