Kakimuvee
Berita Lokal

Chelot Catat RM16 Juta Selepas 18 Hari Tayangan

Kutipan box office Chelot

Filem aksi tempatan Chelot terus mencatat prestasi memberangsangkan di pawagam apabila berjaya mengumpul kutipan RM16 juta selepas 18 hari tayangan, termasuk tempoh tayangan awal.

Lebih menarik, filem arahan Adrian Teh itu turut mengekalkan kedudukan sebagai filem nombor satu di Malaysia selama 18 hari berturut-turut, sekali gus memperlihatkan sambutan penonton terhadap filem aksi tempatan tersebut.

Dibintangi Shukri Yahaya, Beto Kusyairy, Shaheizy Sam, Nadhir Nasar dan Alicia Amin, Chelot mengangkat kisah dunia kepolisan yang berdepan ancaman sindiket penyeludupan senjata api.

Filem ini mengikuti Inspektor Haqqim, seorang pegawai Unit Operasi Khas PDRM yang terperangkap dalam tekanan kerjaya, kewangan dan masalah keluarga.

Selepas satu operasi berisiko tinggi berakhir dengan tragedi, pihak polis melancarkan pemburuan terhadap rangkaian penyeludupan senjata yang semakin mengancam keselamatan. Dalam keadaan terdesak untuk menyelesaikan masalah kewangan dan melindungi keluarganya, Haqqim akhirnya terpaksa menjadi pemberi maklumat kepada sindiket jenayah.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila dia berdepan dengan Azraf, orang kanan kepada ketua sindiket, Dato’ Bakri. Tindakan Haqqim itu akhirnya meletakkannya di tengah-tengah konflik antara dunia jenayah dan pasukan penguatkuasa yang sepatutnya menjadi tempatnya berkhidmat.

Chelot menampilkan Shukri Yahaya sebagai Inspektor Haqqim, Beto Kusyairy sebagai Azraf dan Shaheizy Sam sebagai Dato’ Bakri.

Turut membintangi filem ini ialah Nadhir Nasar sebagai Chacko, Alicia Amin sebagai Zahra, Azhan Rani sebagai ACP Zafran, Theebaan G sebagai Desmond, Mustaqim Bahadon sebagai Fazri, Amir Nafis sebagai Kabir dan Hannah Delisha sebagai Suraya.

Dengan durasi 125 minit, Chelot kini masih ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Filem ini diterbitkan menerusi kerjasama ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw, Sunstrong Entertainment, Marvelous Culture & Film dan Primeworks Studios.

Kutipan box office Chelot
SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Bas Malam Lancar Teaser Poster Rasmi Menjelang Tayangan Oktober 2026

Karim Khan

Chelot Cecah RM19.5 Juta, Filem Sekuel Telah Diumumkan

Karim Khan

Nas-T Mahu Cabar Diri Dengan Watak Di Luar Genre Aksi

Farah

Bas Malam Lancar Teaser Rasmi, Ketengahkan Misteri Enam Orang Dan Satu Rahsia

Karim Khan

Chelot Raih RM1.1 Juta Dalam Dua Hari, Jadi Filem No. 1 Malaysia

Karim Khan

Unifi TV Tawar Akses Percuma 73 Saluran Termasuk HBO Hingga 30 September

Farah

Leave a Comment