Kakimuvee
BeritaHorror

Fenomena YouTube The Mandela Catalogue Bakal Diadaptasi Ke Layar Perak Oleh Steven Spielberg & Amazon MGM

Satu lagi sensasi seram dari YouTube bakal dibawa ke layar perak. Selepas kejayaan luar biasa filem Backrooms dan Obsession, siri seram viral The Mandela Catalogue kini sah akan menerima adaptasi filem hasil kerjasama United Artists, Amblin Entertainment milik Steven Spielberg dan Amazon MGM Studios.

Menurut laporan, hak adaptasi filem bagi siri tersebut berjaya diperoleh selepas melalui persaingan sengit melibatkan 11 studio utama Hollywood yang berebut untuk mendapatkan projek berkenaan.

Lebih menarik, pencipta asal The Mandela Catalogue, Alex Kister, akan mengarahkan sendiri filem ini berdasarkan skrip yang ditulis bersama Tyler Clifton.

Dilancarkan pada tahun 2021, The Mandela Catalogue merupakan antara siri analog horror paling popular di YouTube dengan jumlah tontonan rasmi melebihi 100 juta. Siri ini sering dianggap sebagai salah satu karya paling berpengaruh dalam genre tersebut, sebaris dengan Local 58 dan The Backrooms.

Kisahnya berlatarbelakangkan daerah fiksyen Mandela County, Wisconsin, yang diserang makhluk misteri dikenali sebagai Alternates. Makhluk hampir mustahil dibunuh itu mempunyai kebolehan menukar rupa dan menyamar sebagai manusia, sekali gus mencetuskan suasana seram dan paranoia yang menjadi identiti utama siri berkenaan.

Hollywood dilihat semakin berminat mengadaptasi kandungan popular dari YouTube selepas kejayaan beberapa filem berasaskan karya pencipta kandungan digital. Kejayaan luar jangkaan Backrooms dan Obsession membuktikan karya yang bermula di platform tersebut mampu menarik minat penonton generasi muda, khususnya Gen Z dan Gen Alpha, ke pawagam.

Barisan penerbit turut dibarisi nama besar termasuk Steven Spielberg dan Holly Bario mewakili Amblin Entertainment, Scott Stuber serta Nick Nesbitt untuk United Artists, selain Aaron B. Koontz dari Paper Street Pictures. Alex Kister dan Tyler Clifton juga akan bertindak sebagai penerbit bagi projek ini.

Artikel Berkaitan:  Babak Paling Ngeri Dalam IT (2017) Dipotong Sebelum Ditayangkan Di Pawagam

Setakat ini, filem The Mandela Catalogue masih belum mempunyai tarikh tayangan rasmi. Namun, dengan penglibatan nama-nama besar Hollywood serta populariti luar biasa siri asalnya, adaptasi ini dijangka menjadi antara filem seram yang paling dinantikan pada masa akan datang.

Sumber: Deadline

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Siri Mr. Terrific Dilaporkan Sedang Dibangunkan Oleh DC Studios

Karim Khan

Possessed: Filem Seram Thailand Tayang Di Malaysia Ogos Ini

Karim Khan

Filem Seram Psikologi ‘The Eyes’ Lakonan Shin Min-ah, Akan Tayang Di Pawagam Malaysia 23 Julai Ini

Karim Khan

Netflix Hasilkan Filem Seram Adaptasi Novel Perancis La Nuit ravagée

Karim Khan

Tak Dapat Poster Rasmi, Pawagam Kanada Lukis Poster Spider-Man: Brand New Day Sendiri

Karim Khan

Disney Dilapor Mahu Macaulay Culkin Kembali Dalam Home Alone

Karim Khan

Leave a Comment