Kakimuvee
BeritaSuperhero / Live-Action / Comic

Siri Mr. Terrific Dilaporkan Sedang Dibangunkan Oleh DC Studios

Nampaknya James Gunn dan Peter Safran masih belum selesai mengembangkan dunia baharu DC Universe (DCU).

Menurut laporan terkini, DC Studios kini sedang membangunkan siri TV yang memfokuskan kepada Mr. Terrific, watak lakonan Edi Gathegi yang mencuri perhatian menerusi filem Superman.

Laporan itu turut mendakwa penulis berpengalaman Allan Heinberg telah dipilih untuk menulis episod perintis (pilot). Heinberg sebelum ini terkenal menerusi karya seperti The Sandman dan Wonder Woman, selain menjadi pencipta bersama komik Young Avengers.

Bagaimanapun, projek itu masih berada di peringkat pembangunan dan belum menerima lampu hijau rasmi. Tiada maklumat mengenai platform penstriman, jumlah episod atau tarikh tayangan didedahkan setakat ini.

Watak Michael Holt atau Mr. Terrific merupakan antara watak sampingan paling mendapat pujian dalam Superman, sekali gus menjadikannya calon sesuai untuk dikembangkan dalam DCU baharu yang memberi tumpuan kepada watak-watak unik di luar trio ikonik Batman, Superman dan Wonder Woman.

Buat masa ini, DC Studios masih belum mengumumkan siri tersebut secara rasmi, namun laporan ini memberi bayangan bahawa lebih banyak projek spin-off sedang dirancang selepas kejayaan Superman, walaupun studio itu kini berdepan pelbagai persoalan susulan prestasi kurang memberangsangkan Supergirl di pawagam.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Artikel Berkaitan:  'Supergirl' Catat Rekod Buruk, Jadi Filem DC Dengan Kutipan Terendah Sejak 'Catwoman'

Related posts

Spider-Man: Brand New Day Mungkin Cipta Sejarah Dengan Kutipan AS$1 Bilion Di Pasaran Domestik AS?

Karim Khan

Netflix Raih Hak Penstriman Global The Walking Dead Universe Menerusi Perjanjian Bernilai RM2.3 Bilion

Karim Khan

Zack Snyder Lancar Trailer The Last Photograph, Bakal Tayang Di TIFF

Karim Khan

Spider-Man: Brand New Day debut dengan 90% di Rotten Tomatoes, raih ulasan positif pengkritik

Karim Khan

Spider-Man: Brand New Day Bakal Jadi Filem MCU Spider-Man Terakhir Di Netflix?

Karim Khan

DC Tolak Siri TV Poison Ivy Dan Catwoman, Waller Serta Paradise Lost Turut Dihentikan

Karim Khan

Leave a Comment