Kakimuvee
AsianOfficial Trailer

A Shop For Killers Musim 2 Tayang Julai Ini, Disney Kongsi Trailer Baharu

Trailer rasmi musim kedua drama Korea popular, A Shop For Killers, akhirnya dilancarkan oleh Disney menjelang tayangan siri tersebut di Disney+ pada 22 Julai ini.

Musim baharu ini menyaksikan Jian kini mengambil alih kedai yang diwariskan oleh bapa saudaranya, Jinman, yang secara mengejut kembali hidup. Bersama-sama, mereka bertekad untuk menumpaskan organisasi upahan BABYLON dan menamatkan ancaman yang telah menghantui mereka.

Namun, selepas mengalami kekalahan, BABYLON bertindak mendapatkan bantuan daripada kumpulan tentera upahan dari luar negara. Langkah itu membawa kepada kemunculan barisan pembunuh baharu yang lebih berbahaya, sekali gus mencetuskan pertempuran yang lebih sengit.

Trailer terbaharu turut memberikan gambaran aksi yang lebih besar, adegan pertarungan yang intens serta konflik yang bakal menguji Jian dan sekutunya dalam usaha menumpaskan musuh mereka buat selama-lamanya.

A Shop For Killers dibintangi Lee Dong-wook, Kim Hye-jun, Seo Hyun-woo, Jo Han-sun, Park Ji-bin dan Geum Hae-na.

Musim pertama drama ini kini boleh distrim di Disney+, manakala musim kedua dijadualkan mula ditayangkan pada 22 Julai 2026.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Pewaris Susuk Kini Boleh Ditonton Secara Eksklusif Di Tonton Dengan Harga RM12

Karim Khan

‘Mojoku Hilang’ Tayang 23 Julai Ini, Adipati Dolken dan Mimi Lana Bergandingan Dalam Romantik Komedi Terbaru

Karim Khan

Filem Ke-46 Doraemon Diumumkan, Bakal Tayang Musim Bunga 2027

Karim Khan

Kung Fu Soccer Kuasai Box Office Musim Panas China Dengan Kutipan RM1.6 Bilion

Karim Khan

Takashi Miike Kembali Dengan Bad Lieutenant: Tokyo, Bakal Tayang Di Festival TIFF September Ini

Karim Khan

Trailer Fall 2: Deadpoint Tampilkan Cabaran Lebih Ekstrem Pada Ketinggian 5,000 Kaki

Karim Khan

Leave a Comment