Kakimuvee
HorrorOfficial Trailer

Trailer The End of Oak Street Dedahkan Misteri Dunia Asing, Tayang 13 Ogos Di Malaysia

Warner Bros. Pictures telah mendedahkan poster terbaharu untuk filem sci-fi thriller, The End of Oak Street, yang menjanjikan gabungan elemen misteri, pengembaraan dan survival dalam sebuah kisah penuh debaran.

Diarahkan oleh David Robert Mitchell, filem ini dibintangi Anne Hathaway, Ewan McGregor, Maisy Stella dan Christian Convery.

Sementara itu, trailer rasmi filem tersebut memperlihatkan sebuah keluarga yang tiba-tiba mendapati kejiranan mereka dipindahkan ke sebuah dunia asing selepas satu kejadian kosmik misteri.

Dalam usaha untuk terus hidup, mereka terpaksa berdepan pelbagai ancaman prasejarah yang menguji keberanian dan hubungan kekeluargaan mereka.

The End of Oak Street merupakan terbitan Bad Robot milik J.J. Abrams bersama Warner Bros. Pictures. Filem ini dijadualkan menemui penonton di pawagam Malaysia pada 13 Ogos 2026, sehari lebih awal daripada tayangan di Amerika Syarikat.

Artikel Berkaitan:  Hivemind: Samara Weaving Dan Nicholas Braun Bintangi Filem Thriller Yang Berkisarkan Tebuan Pembunuh

Related posts

Doctor X: Mafia in White Lancar Trailer, Tayang Oktober Di Netflix

Farah

Babak Paling Ngeri Dalam IT (2017) Dipotong Sebelum Ditayangkan Di Pawagam

Karim Khan

Trailer Rasmi Pemuja Syaitan Dedahkan Misteri Kapsul Masa Di Pulau Terpencil

Karim Khan

Trailer Rasmi Kudrat 1968: High Council Dilancarkan, Episod Finale Bakal Ditayangkan Di Pawagam Pada 29 Oktober Ini

Karim Khan

Rajakkal Perkenal Teaser Pertama, Kisah Lima Sahabat Bertemu Semula Selepas 10 Tahun

Karim Khan

Smile 3 Diteruskan Dengan Pengarah The Ritual, Parker Finn Serah Kerusi Pengarah Kepada David Bruckner

Karim Khan

Leave a Comment