Kakimuvee
Official Trailer

Teaser Day Drinker Dilancarkan, Johnny Depp Kembali Bergandingan Dengan Penélope Cruz

Day Drinker Johnny Depp

Lionsgate telah melancarkan teaser trailer Day Drinker, filem thriller baharu yang menemukan semula Johnny Depp dengan Penélope Cruz.

Filem arahan Marc Webb itu turut dibintangi Madelyn Cline sebagai seorang pelayan bar di atas kapal layar persendirian.

Cline membawa watak seorang pelayan bar yang bertemu dengan tetamu misteri lakonan Depp. Pertemuan mereka kemudian membawa kedua-duanya berdepan seorang wanita yang terlibat dalam dunia jenayah, lakonan Cruz. Setakat ini, pihak produksi masih merahsiakan hubungan sebenar antara tiga watak tersebut.

Teaser yang baru dikeluarkan memberi bayangan bahawa kisah ini berkait dengan dendam, namun tidak menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku kepada watak Depp.

Dialognya turut membangkitkan kemungkinan bahawa cerita ini mempunyai unsur luar biasa. Buat masa ini, ia lebih sesuai dianggap sebagai petunjuk daripada trailer dan bukannya pengesahan tentang arah sebenar jalan cerita.

Day Drinker menandakan satu lagi kerjasama antara Depp dan Cruz selepas mereka muncul bersama dalam Blow serta Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides.

Bagi Depp, filem ini juga hadir ketika dia kembali membintangi produksi studio besar. Sebuah lagi filem lakonannya, Ebenezer arahan Ti West, dijadualkan tayang lebih awal pada November 2026.

Ditulis oleh Zach Dean, Day Drinker dijadualkan menemui penonton di pawagam Amerika Syarikat pada 26 Mac 2027. Tarikh tayangan di Malaysia belum diumumkan.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Klip Baharu Street Fighter Perlihatkan Pertarungan Sengit Ryu Dan Blanka

Karim Khan

Wildwood Bakal Jadi Filem Animasi Stop-Motion Terpanjang Pernah Dihasilkan

Farah

Trailer Avengers: Endgame Encore Cecah 77 Juta Tontonan Dalam 24 Jam

Karim Khan

Netflix Lancar Trailer Terbaru ONE PIECE: Into the Grand Line

Karim Khan

Trailer Baharu Harry Potter Dedahkan Snape, Quidditch Dan Voldemort?

Karim Khan

Tonton Trailer ‘Legend of the White Dragon,’ Filem Terakhir Ikon Power Rangers Jason David Frank

Karim Khan

Leave a Comment