Kakimuvee
NetflixOfficial TrailerStreaming

Netflix Lancar Trailer Terbaru ONE PIECE: Into the Grand Line

Netflix telah melancarkan treler rasmi untuk Musim ke-2 siri aksi nyata popular ONE PIECE: Into the Grand Line, yang bakal ditayangkan secara global di Netflix pada 10 Mac.

Treler yang penuh aksi ini memberi bayangan tentang pertaruhan yang lebih tinggi, sekutu serta musuh baharu, dan babak epik seterusnya buat kru Topi Jerami saat mereka meneroka masuk ke Grand Line yang legenda.

Selain treler tersebut, Netflix turut mengumumkan siri 13 tayangan dan aktivasi peminat global, menjemput para peminat untuk turut serta belayar bersama lanun Topi Jerami dalam “Journey to the Grand Line” mereka sendiri sebelum tayangan perdana pada 10 Mac.

Aktivasi global ini akan menjelajah ke bandar-bandar utama di seluruh Asia, Eropah, Afrika, Amerika Utara, dan Amerika Latin, dengan salah satu aktivasi utama bakal berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia dari 4 hingga 8 Mac.

Ini memberi peluang kepada peminat tempatan untuk merasai sendiri dunia ONE PIECE secara dekat sebelum siri ini kembali menemui penonton.

Artikel Berkaitan:  Netflix Umum Siri Baharu Parasite: TAMIYA, Bakal Tayang Pada 2027

Related posts

‘Mojoku Hilang’ Tayang 23 Julai Ini, Adipati Dolken dan Mimi Lana Bergandingan Dalam Romantik Komedi Terbaru

Karim Khan

Astro Shaw Lancar Teaser Trailer Chelot, Filem Aksi Arahan Adrian Teh Bakal Tayang Ogos Ini

Karim Khan

Sudah Tonton The Last House? Ini 5 Filem Survival Dalam Ruang Tertutup Yang Wajib Korang Tonton

Farah

Doctor X: Mafia in White Lancar Trailer, Tayang Oktober Di Netflix

Farah

6 Filem Korea Di Netflix Yang Wajib Ditonton Hujung Minggu Ini.

Farah

Durasi Dune: Part Three Didedahkan, Terpendek Dalam Trilogi Dune arahan Denis Villeneuve

Karim Khan

Leave a Comment