Kakimuvee
Anime

Jujutsu Kaisen Berkolaborasi Dengan 1 Utama, Bermula 17 Oktober Ini

Peminat Jujutsu Kaisen di Malaysia bakal mendapat pengalaman baharu apabila anime dan manga popular Jepun itu menjalinkan kolaborasi bersama 1 Utama Shopping Centre dari 17 Oktober hingga 1 November 2026.

Kolaborasi Jujutsu Kaisen | 1 Utama merupakan kerjasama pertama francais tersebut dengan sebuah pusat beli-belah di Malaysia, dengan pelbagai aktiviti dan barangan eksklusif disediakan khas untuk peminat.

Antara tarikan utama ialah ruang pop-up bertemakan Jujutsu Kaisen yang dihiasi dengan dekorasi dan instalasi diinspirasikan daripada siri tersebut. Sebuah Menara Shibuya setinggi 10 kaki turut dibina sebagai tarikan utama, mengambil inspirasi daripada lokasi Shibuya yang memainkan peranan penting dalam jalan cerita Jujutsu Kaisen.

Pengunjung juga berpeluang menikmati pengalaman di kafe bertemakan Jujutsu Kaisen yang menawarkan pilihan makanan dan minuman khas. Beberapa barangan eksklusif seperti pembungkusan makanan, cup sleeve, coaster dan photo card rawak turut disediakan untuk dibawa pulang.

Selain itu, peminat boleh mendapatkan hadiah premium eksklusif Jujutsu Kaisen | 1 Utama apabila mencapai jumlah perbelanjaan minimum yang ditetapkan.

Bagi pengumpul pula, kolaborasi ini turut memperkenalkan ONECARD edisi terhad Jujutsu Kaisen | 1 Utama sebagai salah satu koleksi khas sempena acara tersebut.

Sebuah photo booth 4-cut bertemakan Jujutsu Kaisen turut disediakan, membolehkan pengunjung memilih daripada beberapa rekaan berdasarkan siri berkenaan untuk menghasilkan gambar kenangan bersama rakan atau keluarga.

Tidak ketinggalan, koleksi merchandise baharu Jujutsu Kaisen juga akan ditawarkan sepanjang kolaborasi berlangsung, merangkumi barangan berasaskan watak serta beberapa item khas kolaborasi.

Kolaborasi Jujutsu Kaisen | 1 Utama menggabungkan pengalaman membeli-belah, makanan dan aktiviti interaktif dalam satu ruang, khusus buat peminat Yuji Itadori, Megumi Fushiguro, Nobara Kugisaki, Satoru Gojo dan watak-watak lain daripada siri tersebut.

Peminat boleh mengunjungi Jujutsu Kaisen | 1 Utama dari 17 Oktober hingga 1 November 2026 di 1 Utama Shopping Centre.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Filem Ke-46 Doraemon Diumumkan, Bakal Tayang Musim Bunga 2027

Karim Khan

Lionsgate Lancar Uji Bakat Global Untuk Filem Live-Action Naruto, Cari Pelakon Naruto, Sasuke dan Sakura

Karim Khan

Solo Leveling: Beyond the System Diumumkan, Sambung Kisah Sung Jinwoo

Karim Khan

Ratusan Bayi Di Indonesia Dinamakan Sempena Watak Naruto Dan Doraemon

Karim Khan

Naruto: Charles Melton Dalam Rundingan Bawa Watak Kakashi

Karim Khan

Papa Zola The Movie Umum Barisan Pelakon Suara Korea Selatan

Karim Khan

Leave a Comment